CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 157|Reply: 0

Perjanjian baru bekalan gas

[Copy link]
Post time 18-11-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Gas Malaysia, PETRONAS babitkan 382 juta mmBtU minggu depan\rGAS Malaysia Sdn Bhd akan memeterai perjanjian pembekalan gas yang baru dengan PETRONAS, yang membabitkan 382 juta metrik unit thermal British (mmBtU), minggu depan.\r\n\n\n\n\r  Sumber industri berkata, ia akan membolehkan pengedar dan peruncit gas asli terbesar di Malaysia yang dikuasai MMC Corp Bhd itu menerbitkan prospektus tawaran awam permulaan (IPO) bagi penyenaraiannya di Papan Utama Bursa Malaysia sebelum akhir bulan ini.\r\r\n\n\n\n\n  “Setakat ini, tiada sebarang perubahan bagi tempoh masa penyenaraian Gas Malaysia. Ia masih dalam landasan untuk disenaraikan sebelum 31 Disember ini.\r“Semua pihak, termasuk Lembaga Pengarah Gas Malaysia dan PETRONAS sedang berusaha mencapai persetujuan bagi memuktamadkan perjanjian bekalan gas baru itu. Berdasarkan perkembangan semasa, ia dijangka boleh dimeterai minggu depan,” katanya kepada Berita Harian ketika dihubungi semalam.\rCadangan IPO Gas Malaysia yang bakal membabitkan 333.84 juta saham itu sudah diluluskan Bursa Malaysia pada 3 November lalu, pemegang saham MMC Corp Bhd (pada 31 Oktober) dan Unit Perancang Ekonomi (14 Oktober).\rIPO yang akan mewakili 26 peratus daripada modal saham berbayar dan terbitan Gas Malaysia itu juga mendapat kelulusan bersyarat Suruhanjaya Sekuriti (SC).\r\n\n\n\n\rDi bawah kelulusan bersyarat SC itu, Gas Malaysia perlu terlebih dulu memeterai perjanjian bekalan gas yang baru dengan PETRONAS, sebelum ia boleh menerbitkan prospektus IPOnya.\rMengikut sumber industri itu, jika perjanjian bekalan gas baru antara Gas Malaysia dan PETRONAS tidak dapat dimeterai sebelum akhir bulan ini, ia akan menyebabkan penyenaraian Gas Malaysia tertunda kepada Januari tahun depan.\r“Jika penyenaraian Gas Malaysia mahu dilaksanakan bulan depan (sebelum 31 Disember), prospektus harus diterbitkan bulan ini, tetapi jika prospektus tidak dapat dilancarkan bulan ini, penyenaraiannya mungkin akan ditunda kepada Januari tahun depan,” katanya.\rSementara itu, Pengarah Urusan MMC Corp, Datuk Hasni Harun, ketika dihubungi bagi mengulas perkembangan itu hanya berkata: “Prospektus Gas Malaysia akan dilancarkan apabila perjanjian pembekalan gas yang baru  dimeterai dengan PETRONAS, dijangka sebelum akhir bulan ini.”\rPerjanjian pembekalan gas baru antara Gas Malaysia dan PETRONAS itu adalah rundingan semula kontrak pembekalan kerana perjanjian pembekalan sedia ada akan berakhir akhir tahun ini.\rPerjanjian baru itu membolehkan Gas Malaysia menyediakan bekalan gas jangka panjang kepada pelanggannya yang terdiri daripada 33,707 pengguna kediaman dan 691 pelanggan industri.\rHarga bagi IPO Gas Malaysia, yang mana 303.498 juta akan diperuntukkan bagi langganan pelabur institusi, manakala 30.342 juta saham lagi untuk pelabur runcit, masih belum didedahkan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.571750 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list