|
Keuntungan dalam Maybank dan IOI bantu sekat beberapa kerugian\rHARGA saham di Bursa Malaysia ditutup rendah semalam selepas pelabur mengurangkan pegangan mereka dalam saham wajaran tinggi dan saham berharga murah, kata penganalisis.\r\n\n\n\n\r Penurunan dilihat kebanyakannya dalam Petronas Chemicals dan Tenaga yang menarik turun FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) sebanyak 0.38 mata untuk ditutup pada 1,476.84.\r\r\n\n\n\n\n Indeks penanda aras bergerak antara 1,470.09 dan 1,487.37 sepanjang hari.\rBagaimanapun, keuntungan dalam Maybank dan IOI membantu menyekat beberapa kerugian.\rIndeks Kewangan meningkat 32.49 mata kepada 13,171.93, Indeks Perladangan naik 52.65 mata kepada 7,687.49 manakala Indeks Perusahaan menambah 3.43 mata kepada 2,718.75.\rIndeks FBM Emas susut 0.49 mata kepada 10,119.82 dan FBM ACE turun 25.36 mata kepada 4,246.07.\r\n\n\n\n\rIndeks FBM70 naik 13.94 mata kepada 11,035.33 dan Indeks FBM Top 100 menokok 0.69 mata kepada 9,924.38.\rSaham rugi mengatasi untung pada 462 berbanding 323 manakala 285 kaunter tidak berubah, 411 tidak didagangkan dan 23 yang lain digantung. \rJumlah dagangan berkurangan kepada 2.03 bilion saham bernilai RM1.47 bilion daripada 2.98 bilion saham bernilai RM1.55 bilion kelmarin.\rDi Pasaran Utama, jumlah dagangan turun kepada 1.42 bilion saham bernilai RM1.38 bilion daripada 2.39 bilion saham bernilai RM1.48 bilion kelmarin.\rJumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 522.69 juta unit bernilai RM76.79 juta daripada 500.48 juta unit bernilai RM62.60 juta pada Selasa.\rWaran susut kepada 87.363 juta saham bernilai RM8.85 juta daripada 89.10 juta saham bernilai RM7.84 juta sebelumnya.\rAntara saham aktif, Compugates dan Tiger Synergy naik setengah sen setiap satu, masing-masing kepada lapan sen dan 14 sen manakala DPS Resources kekal pada 26 sen.\rBagi saham wajaran tinggi, Maybank dan IOI Corp menokok 12 sen setiap satu, masing-masing kepada RM8.39 dan RM5.23 manakala Sime Darby naik dua sen kepada RM8.93.\rPetronas Chemicals turun 19 sen kepada RM6.21, CIMB susut empat sen kepada RM7.06 dan Tenaga berkurangan 11 sen kepada RM5.74. \rBarangan pengguna menguasai 308.907 juta saham didagangkan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 208.444 juta, pembinaan 25.456 juta, dagangan dan perkhidmatan 516.27 juta, teknologi 40.65 juta, infrastruktur 10.444 juta, kewangan 71.865 juta, hotel 1.074 juta, hartanah 179.321 juta, perladangan 33.848 juta, perlombongan 25,800, REIT 2.674 juta dan tertutup/dana 33,000. – BERNAMA
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|