View: 205|Reply: 0
|
Karzai beri syarat kepada askar AS
[Copy link]
|
|
Afghanistan tak suka tentera asing\rKABUL: Presiden Afghanistan, Hamid Karzai semalam menuntut supaya berkuasa sepenuhnya atas kehadiran tentera Amerika Syarikat di negara itu apabila menuntut Washington memberinya ‘kedaulatan nasional pada hari ini’ ketika berucap dalam Loya Jirga.\r\n\n\n\n\r Perkara itu disebut dalam perjumpaan berkenaan iaitu pertemuan antara ketua puak Afghanistan yang memulakan sidang empat hari.\r\r\n\n\n\n\n “Kami mahu kedaulatan negara dan kami mahukannya hari ini,” katanya kepada perjumpaan yang bersiap sedia berdebat mengenai hubungan jangka panjang Afghanistan dengan Amerika apabila sekumpulan tentera asing berundur pada 2014.\r“Kami mahukan hubungan tanpa ikatan dengan Amerika sebagai negara merdeka,” katanya kepada Loya Jirga, satu perjumpaan tradisi golongan berpengaruh Afghanistan dalam satu proses perundingan yang hasilnya tidak diikat.\rKarzai juga menegaskan, Amerika perlu menghentikan serbuan tentera pada waktu malam dan berhenti membangunkan institusi yang diberi kuasa bebas bergerak di Afghanistan sebagai satu syarat perjanjian perkongsian strategik di antara Kabul dan Washington.\rJika Amerika memenuhi syarat itu, kata Karzai, Afghanistan bersedia memberi tempat kepada tentera negara asing itu dalam jangka panjang.\r\n\n\n\n\r“Jika mereka mahu pangkalan tentera, kami akan beri kepada mereka, ia memberi manfaat kepada pihak kami, wang akan datang dan tentera akan dilatih,” katanya.\rBeliau juga memberi jaminan kepada jiran Afghanistan mengenai mana-mana perjanjian perkongsian strategik. \r“Kami akan beri jaminan kepada semua negara jiran bahawa tiada negara termasuk negara jiran akan diganggu oleh Afghanistan.\r“Kerajaan Afghanistan melihat kepentingan nasional dalam mempunyai hubungan baik dengan jiran dan mahukan kebebasan mempunyai hubungan baik dengan China, Russia dan negara lain.” – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|