|
Syarikat Malaysia, Singapura dipelawa kemuka bidaan\rTENDER bagi pelaksanaan kajian kejuruteraan dan struktur binaan jajaran yang sesuai untuk projek laluan Sistem Aliran Laju (RTS) menghubungkan Malaysia dan Singapura, akan dibuka Jumaat ini.\r\n\n\n\n\r Syarikat Malaysia atau Singapura yang berminat boleh mengakses dokumen tender itu menerusi laman web www.gebiz.gov.sg atau mengambilnya sendiri di pejabat Iskandar Regional Development Authority (IRDA), G-01, Block 8, Danga Bay, Jalan Skudai 80200 Johor Bahru.\r\r\n\n\n\n\n “Jawatankuasa Bersama Menteri Malaysia-Singapura (JMC) melantik Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Singapore Land Transport Authority (LTA) untuk memanggil tender secara bersama bagi melaksanakan kajian kejuruteraan dan struktur binaan jajaran yang sesuai untuk laluan RTS.\r“Sehubungan itu, tender kajian itu dibuka kepada pihak berminat pada 18 November ini,” demikian menurut kenyataan bersama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Singapore Land Transport Authority (LTA) semalam.\rMengikut kenyataan itu, tender bagi kajian itu dikeluarkan susulan persetujuan yang dicapai JMC bagi Iskandar Malaysia menjalankan kajian kejuruteraan bersama bagi menentukan parameter teknikal laluan RTS.\rKatanya, ia bagi memperoleh sistem yang paling efektif dan mudah selain mampu menyepadukan laluan RTS yang akan dibangunkan itu dengan perkhidmatan pengangkutan sedia ada di kedua-dua negara.\r\n\n\n\n\r“Kumpulan kerja teknikal yang ditubuhkan Jun lalu memuktamadkan Terma Rujukan (TOR) dan sehubungan itu ia akan melantik perunding untuk membangunkan cadangan penjajaran sesuai bagi laluan RTS itu,” kata kenyataan itu.\rRTS yang disasarkan memulakan operasi pada 2018 itu dipersetujui kerajaan Malaysia dan Singapura pada Mei 2007.\rIa disasarkan mampu mengukuhkan rangkaian hubungan antara Iskandar Malaysia dan Singapura.\rBerdasarkan perancangan awal, stesen penamat rangkaian RTS di Malaysia akan dibina di JB Sentral, Johor Bahru, manakala di Singapura pula dibina di Republic Polytechnic.\rLaluan RTS itu juga dirancang mengintegrasikan laluan dengan Thomson Line di stesen terminal utara Singapura.\rRangkaian laluan RTS itu mempunyai kemudahan bersama Kompleks Kuarantin, Kastam dan Imigresen (CIQ) di Singapura dan satu lagi kemudahan bersama terletak CIQ di Johor Bahru.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|