View: 189|Reply: 0
|
Tindakan Liga Arab gantung keanggotaan tak gugat Syria
[Copy link]
|
|
DAMSYIK: Menteri Luar Syria, Walid Muallem berkata kerajaannya tidak akan berganjak dengan pendiriannya walaupun Liga Arab bertindak menggantung keanggotaannya, sebaliknya menyifatkan langkah yang diambil sebagai berbahaya.\r“Keputusan Liga Arab menggantung Syria adalah satu tindakan yang berbahaya,” katanya pada sidang media yang dipenuhi pemberita di Damsyik.\r\n\n\n\n\r “Hari ini, ada krisis di Syria yang membayar harga tinggi untuk kedudukan kuat. Syria tidak akan berganjak dan akan bertambah kuat manakala rancangan menentang Syria akan gagal,” kata menteri itu.\r\r\n\n\n\n\n Muallem berkata kerajaan Syria tidak bimbang dengan kemungkinan campur tangan tentera asing di negara itu berikutan tentangan dari China dan Russia. \r“Syria bukan Libya. Senario rakyat Libya tidak akan berulang, apa yang berlaku di Syria berbeza dengan apa yang berlaku di Libya dan rakyat Syria tidak perlu bimbang,” katanya.\r“Saya pasti Russia mahu memainkan peranan utama dalam dialog yang bakal diadakan. (antara kerajaan Syria dan pembangkang) dan ini adalah perkara positif.\r“Saya rasa kedudukan hubungan dengan Russia dan China, tidak akan berubah,” kata Muallem.\r\n\n\n\n\rKenyataannya dibuat sebaik Liga Arab memutuskan untuk mengadakan mesyuarat baru berhubung Syria Rabu depan selepas mengundi untuk menggantung keanggotaan negara itu, menerima pujian antarabangsa tetapi mengakibatkan serangan samseng terhadap kedutaan asing di Damsyik.\rUndi pada Sabtu lalu, menggantung Syria daripada menganggotai Liga Arab dilaksanakan oleh 18 dari blok 22 anggota, mencetuskan kemarahan penyokong rejim di Kedutaan Perancis, Qatar, Arab Saudi dan Turki di Damsyik. Muallem meminta maaf terhadap keganasan itu.\r“Saya, sebagai menteri luar, saya meminta maaf atas perkara itu,” kata Muallem memberitahu sidang akhbar. \rSementara itu, Liga Arab dijangka mengadakan satu mesyuarat tergempar mengenai Syria pada Rabu di tengah-tengah isyarat pertelagahan dalam penyelesaian blok 22 negara anggota itu.\rPengumuman yang dibuat kelmarin mengenai mesyuarat dibuat beberapa hari selepas liga memutuskan menggantung sementara keanggotaan Syria, yang menarik pujian antarabangsa tetapi mencetuskan bantahan di kedutaan asing di Damsyik.\r“Kita memutuskan satu mesyuarat membabitkan menteri luar Liga Arab pada 16 November di Rabat (Maghribi) mengenai Syria,” kata jurucakap menteri luar Alegeria, Amar Belani kepada AFP.\rDi Rabat, seorang pegawai Maghribi mengesahkan mesyuarat itu akan berlangsung. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|