|
TIKET ke separuh akhir kejohanan bola sepak sudah hampir pasti milik Ong Kim Swee dan anak didiknya selepas menumbangkan Kemboja 4-1 dalam saingan Kumpulan A Sukan SEA di Jakarta, semalam.Apapun, kemenangan itu tidak menyusul mudah - bukan kerana cabaran lawan tetapi ejekan dan provokasi penyokong Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno yang tampak mahu menghalang skuad bawah 23 negara mengutip tiga mata.\n\n\n\n“Empat gol pada perlawanan malam ini (semalam) dan corak permainan kemas pemain, adalah satu tanda positif menjelang pertemuan penentuan Indonesia, Khamis ini,” kata Kim Swee. \n\n\n\n\nGol pasukan negara disumbang Izzaq Faris Ramlan, minit ke-7, Baddrol Bakhtiar (m-35, 39) dan Wan Zaharul Nizam (m-90).Laluan skuad Harimau Muda ke separuh akhir turut ‘mendapat bantuan’ tuan rumah yang menewaskan juara 13 kali, Thailand 3-1 dalam saingan kumpulan sama.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|