CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 192|Reply: 0

Waspada hadapi Kemboja: Khairul

[Copy link]
Post time 12-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
“JANGAN dabik dada dengan kemenangan ke atas Thailand.” Itu pesan penjaga gol skuad bawah 23 tahun negara, Khairul Fahmi Che Mat yang merasakan kedudukan mereka masih belum selamat walaupun berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam dua perlawanan kempen Kumpulan A di Jakarta.\rBaginya, semua pemain perlu melupakan kejayaan menundukkan juara 13 kali, Thailand dan keputusan seri 0-0 dengan satu lagi pasukan pilihan, Singapura, sebaliknya terus fokus kepada perlawanan menentang Kemboja esok.\r\n\n\n\n\r  Khairul Fahmi, 22, berkata sikap memandang rendah keupayaan Kemboja hanya akan mengundang padah. “Semua pasukan masih ada peluang, kita tidak boleh bermegah dan berpuas hati dengan kejayaan menewaskan Thailand.\r\r\n\n\n\n\n  “Masih ada dua perlawanan penting untuk kami hadapi jadi segala kelemahan yang ada perlu diperbaiki segera,” kata Khairul Fahmi atau Apek yang beraksi cemerlang menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya ketika bertemu Singapura dan Thailand. \rDia mahu setiap pemain berwaspada menentang Kemboja yang mahu memburu kemenangan selepas tumpas kepada Indonesia (6-0) dan Singapura (2-1).\r“Kemboja belum mengutip sebarang mata lagi, jadi mereka mesti akan berjuang habis-habisan, kami harus berjaga-jaga,” katanya.\rJika menang, esok Malaysia sah layak ke separuh akhir kejohanan dan akan menentang tuan rumah, Indonesia untuk menentukan status juara kumpulan Khamis depan.\r\n\n\n\n\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.048511 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list