CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 191|Reply: 0

IBM labur RM1b di Cyberjaya

[Copy link]
Post time 11-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Syarikat AS yakin  sektor ICT di Malaysia  ke tahap lebih tinggiIBM Corporation, syarikat teknologi maklumat multinasional berpangkalan di New York, Amerika Syarikat (AS) akan melabur sehingga RM1 bilion dalam tempoh enam tahun untuk membangunkan pusat penyampaian global teknologi maklumatnya di Cyberjaya.\rSyarikat itu memilih untuk melabur di negara ini susulan yakin dengan prospek pertumbuhan ekonomi untuk tempoh selanjutnya serta sokongan kerajaan dalam menggalakkan perkembangan sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ke tahap lebih tinggi.\r\n\n\n\n\r  Pembangunan pusat penyampaian itu juga adalah antara sembilan projek baru menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam.\r\r\n\n\n\n\n  Pengurus Besar Penyampaian Teknologi Global dan Penyampaian Kecemerlangannya, Patt Cronin, berkata penubuhan pusat penyampaian itu dijangka mewujudkan 3,000 peluang pekerjaan baru membabitkan tenaga kerja mahir dalam sektor ICT.\rBeliau berkata, pusat penyampaian itu akan menawarkan perkhidmatan operasi server, pengurusan projek perkhidmatan keselamatan dan perkhidmatan pengguna akhir, termasuk penyelenggaraan dan pemantauan sistem perkakasan dan perisian komputer kepada pelanggannya daripada pelbagai sektor di seluruh dunia terutama dari AS dan Eropah.\r“Pusat penyampaian global di Cyberjaya itu berupaya menawarkan perkhidmatan teknologi maklumat dalam 11 bahasa bagi memudahkan urusan pelanggan kami di seluruh dunia,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.\rCronin berkata, kerja pembinaan pusat penyampaian yang mempunyai 10 tingkat itu akan bermula pada suku pertama tahun depan dan ia akan dibangunkan menepati piawaian pembangunan hijau.\r\n\n\n\n\rBeliau berkata, kerja pembinaan pusat penyampaian itu dijangka siap sepenuhnya menjelang suku ketiga 2013.\r“Penubuhan pusat ini menandakan tahap baru perhubungan kami dengan kerajaan Malaysia yang sudah terjalin sejak 50 tahun lalu. Diharap dengan penubuhan pusat ini akan meningkatkan lagi reputasi Malaysia sebagai hab perkhidmatan pada peringkat global,” katanya.\rCronin menjelaskan IBM akan memulakan operasi Pusat Penyampaian Global itu pada Januari tahun depan di pejabat sementara juga di Cyberjaya.\rSebagai permulaan, katanya, pusat itu akan beroperasi dengan 700 kakitangan dan jumlah itu akan ditambah secara berperingkat apabila bangunan baru beroperasi.\r“Kami akan bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) untuk mengenal pasti dan menempatkan tenaga kerja yang layak menerusi Inisiatif Pembangunan Pekerja Berpengetahuan MSC Malaysia di pusat berkenaan,” katanya.\rBeliau berkata, pihaknya juga akan bekerjasama dengan firma pengambilan pekerja dan pihak alumni universiti tempatan untuk memulakan proses pengambilan pekerja pada Januari 2012.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.040053 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list