View: 137|Reply: 0
|
Israel, AS cari sokongan dunia
[Copy link]
|
|
Iran dakwa kedua-dua sekutu mahu serang kemudahan nuklear di Tehran\rTEHRAN: Iran mendakwa Israel dan Amerika Syarikat cuba mendapatkan sokongan dunia bagi satu serangan tentera terhadap kemudahan nuklear negara itu, ketika Russia semalam memberi amaran bahawa ia akan menjadi \'satu kesilapan yang amat besar.\'\r\n\n\n\n\r Ketegangan berlaku menjelang satu keputusan laporan minggu ini terhadap program nuklear Iran oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di mana diplomat percaya ia akan menumpukan kepada dakwaan terhadap republik Islam itu memasang bahan nuklear dalam kepala peledak dan membangunkan program peluru berpandu.\r\r\n\n\n\n\n Presiden Mahmoud Ahmadinejad dalam satu temu bual dengan akhbar Mesir, Al-Akhbar disiarkan semalam memberi amaran terhadap serangan tentera Iran dan sekali lagi menegaskan program nuklear Tehran adalah hanya untuk tujuan keamanan.\r“Keupayaan Iran semakin meningkat dan semakin berkembang dan untuk sebab itu ia mampu untuk bersaing dengan dunia. Kini Israel dan Barat terutama Amerika Syarikat, bimbang keupayaan Iran dan peranannya,” kata Ahamdinejad kepada akhbar harian itu.\r“Sebab itu, mereka cuba untuk mendapatkan sokongan antarabangsa bagi satu operasi tentera untuk menghentikan peranan (Iran). Mereka perlu tahu bahawa Iran tidak akan membenarkan mereka mengambil sebarang tindakan terhadap kami,” katanya.\rAhmadinejad menambah bahawa Washington mahu menyelamatkan entiti Zionis tetapi ia tidak mampu untuk melakukannya.\r\n\n\n\n\r“Entiti ini (Israel) boleh dibandingkan dengan satu pemindahan buah pinggang dalam satu tubuh yang menolaknya. Ya, ia akan runtuh dan penamatnya semakin hampir,” katanya.\rSerangan mulut Ahmadinejad terhadap Israel, gerbang musuh Iran, dibuat selepas Presiden Israel Shimon Peres memberi amaran dalam satu temubual televisyen pada hari Sabtu bahawa serangan ke atas Iran berkemungkinan besar akan dilakukan. Ia berikutan satu komen yang disiarkan pada hari Ahad oleh itu akhbar harian Israel, Hayom yang menyatakan: “Kemungkinan satu serangan ketenteraan terhadap Iran kini semakin hampir berbanding pilihan diplomatik.”\r“Kita perlu terus tenang dan menolak tekanan supaya kita boleh memikirkan setiap alternatif,” kata Peres.\rMerujuk kepada komen Peres, Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov memberi amaran di Moscow dan menentang serangan tentera terhadap Iran.\r“Campur tangan tentera hanya akan membawa kepada meningkatnya kematian dan kesengsaraan manusia. Jika dilakukan, ia adalah satu kesilapan besar,” kata Lavrov. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|