View: 155|Reply: 0
|
10,000 jemaah haji guna LocalSIMKad
[Copy link]
|
|
Sedania Travelneeds2u jimat caj perayauan tinggi di Tanah SucijkjkMUSIM haji tahun ini membawa pulangan memberangsangkan kepada Sedania Travelneeds2u Sdn Bhd apabila kira-kira 10,000 jemaah menggunakan LocalSIMKad, iaitu perkhidmatan kad SIM prabayar lokasi tempatan yang menggantikan panggilan perayauan antarabangsa. Jumlah itu meningkat lebih sekali ganda daripada 4,000 jemaah yang menggunakan perkhidmatan yang diperkenalkan buat pertama kali pada musim haji tahun lalu dengan kerjasama anak syarikat Lembaga Tabung Haji, TH Travel & Services Sdn Bhd.\n\n\n\n\n\nPihak Tabung Haji menawarkan syarikat itu peluang untuk menyediakan perkhidmatan berkenaan kepada jemaah dengan memberikan pek permulaan perjalanan kepada jemaah haji yang menggunakan pakej TH Travel.Ketua Eksekutif Sedania Travelneeds2u, Firoz Mohd Noor, berkata sambutan memberangsangkan itu adalah berikutan kesedaran pengguna, khususnya yang sebelum ini berdepan masalah caj perayauan yang tinggi ketika membuat panggilan di luar negara. “Pengguna yang menggunakan LocalSIMKad akan dikenakan caj panggilan tempatan di lokasi mereka berada, justeru mendapat penjimatan lebih 100 peratus dari segi kos panggilan.“Perkhidmatan yang kami sediakan lebih kepada pilihan untuk pengguna dan bukan berbentuk persaingan kepada peserta telekomunikasi mudah alih sedia ada,” katanya kepada Berita Harian, baru-baru ini.Selain Arab Saudi, perkhidmatan LocalSIMKad juga disediakan untuk pelancong tempatan atau asing yang mahu ke Singapura, Indonesia, Vietnam, Kemboja, Thailand, Filipina, Brunei, Hong Kong, Arab Saudi dan China selain di Malaysia sendiri.Perkhidmatan LocalSIMKad baru-baru ini meraih pengiktirafan tertinggi industri apabila menggondol anugerah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Asia Pasifik MSC Malaysia (MSC APICTA 2010) bagi Kategori Pelancongan dan Hospitaliti Terbaik dan mendapat merit di peringkat Asia Pasifik.Firoz berkata, syarikat itu baru-baru ini dipelawa oleh Cradle Fund Sdn Bhd untuk menyertai program Go Global, yang membolehkannya menerima perkhidmatan rundingan mengembangkan perniagaan ke luar negara.“Dari segi modal, syarikat tidak berdepan banyak masalah namun kami menyertai program itu untuk mendapatkan rundingan profesional berkembang ke pasaran luar negara,” katanya.Beliau menambah, sasaran syarikat ialah dapat menyediakan perkhidmatan LocalSIMKad ke India sebelum akhir tahun ini, antara pasaran yang mempunyai prospek perniagaan terbesar di dunia.“Kita juga meninjau ke pasaran Indochina memandangkan permintaan luas pelancong ke rantau berkenaan,” katanya.Syarikat itu turut bekerjasama dengan 209 ejen pelancongan tempatan yang bertauliah dengan badan The Air Transport Association (IATA) untuk menyediakan perkhidmatan LocalSIMKad sebagai pakej nilai tambah ke dalam program perjalanan pelancong.Pengguna yang mahu mendapatkan pek kad SIM tempatan itu boleh menempahnya di ejen pelancongan terbabit, sebelum mengambilnya ketika mahu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau Terminal Tambang Murah (LCCT).
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|