View: 139|Reply: 0
|
Isu maritim boleh cetus perang
[Copy link]
|
|
Vietnam percaya pertikaian perairan dapat selesai ikut akta antarabangsa\rHANOI: Seorang diplomat Vietnam memberi amaran, ketegangan perebutan wilayah di Laut China Selatan boleh mengakibatkan konflik berskala besar kecuali negara jiran yang bertelagah mematuhi undang-undang antarabangsa.\r\n\n\n\n\rPresiden Akademi Diplomatik Vietnam, Dang Dinh Quy, memberitahu satu persidangan di Hanoi mengenai pertikaian maritim bahawa kepentingan laut bagi keamanan serantau menjadi semakin jelas.\r\r\n\n\n\n\n “Wilayah Laut China Selatan masih berdepan masalah dan ia boleh membawa kepada konflik berskala besar jika pihak yang terbabit tidak dapat mengawal diri dan menghormati prinsip asas undang-undang antarabangsa,\" katanya memberi amaran.\rForum berkenaan berlangsung ketika kemarahan memuncak berikutan tuntutan bertindih antara Beijing dan beberapa negara jiran serantau termasuk Vietnam yang tertumpu pada rangkaian pulau strategik di perairan yang kaya dengan minyak itu.\rQuy berkata permusuhan akan meningkatkan risiko konflik ‘jika masyarakat antarabangsa gagal bertindak balas terhadap krisis yang berlaku’ dengan sepatutnya, tetapi menambah kawasan terbabit pada dasarnya masih lagi aman.\rBeijing mendakwa mempunyai kedaulatan terhadap pulau di Laut China Selatan itu yang menjadi laluan perdagangan global utama. Negara itu menuntut kepulauan Spratly bersama negara lain yang bersaing termasuk Vietnam, Filipina, Taiwan, Brunei dan Malaysia.\r\n\n\n\n\rChina dan Vietnam sejak sekian lama turut berbalah dalam pertikaian kumpulan kepulauan Paracel.\rFilipina dan Vietnam mengadu gangguan semakin meningkat terhadap nelayan mereka oleh kapal China di rantau berkenaan.\rBulan lalu, China dan Vietnam berikrar untuk menyelesaikan pertikaian berkenaan melalui rundingan mesra, kata agensi berita rasmi Xinhua.\rVietnam turut menyokong rancangan dari Manila untuk satu mewujudkan satu zon keamanan di kawasan pertikaian terbabit pada Oktober. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|