CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 343|Reply: 0

Pakatan strategik teknologi hijau

[Copy link]
Post time 5-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
TEKNOLOGI hijau dikenal pasti sebagai bidang baru yang boleh diterokai Malaysia dalam mengukuhkan dan meningkatkan lagi hubungan dagangan dan pelaburan dengan China.\rPenasihat Forum Ekonomi China Dunia  Ketiga, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, berkata kedua-dua negara boleh mewujudkan pakatan strategik dalam teknologi hijau dengan memanfaatkan kekuatan masing-masing dalam sektor berkenaan.\r\n\n\n\n\rBeliau berkata, pakatan strategik itu boleh dilakukan menerusi pendekatan penggalakan sokongan industri yang padu terhadap tenaga hijau, memanfaatkan pelaburan asing yang kukuh di Malaysia dalam industri solar serta memanfaatkan komitmen China terhadap teknologi dan tenaga hijau.\r\r\n\n\n\n\n“Pakatan strategik Malaysia dan China dalam teknologi hijau boleh merapatkan lagi hubungan antara kedua-dua negara,” katanya pada sesi khas bertajuk ‘Bagaimana Komuniti China Malaysia Boleh Memajukan Hubungan Perdagangan dan Pelaburan Yang Rapat dengan China’ di forum itu yang diadakan di Kuala Lumpur semalam.\rChua yang juga Presiden MCA berkata, kerajaan China ketika ini menggalakkan penjanaan tenaga menggunakan tenaga hijau seperti solar pada masa depan, sekali gus menawarkan peluang pelaburan kepada syarikat Malaysia untuk melabur dalam sektor berkenaan.\rBeliau berkata, kerajaan China dijangka melabur RMB2 trilion untuk membangunkan ladang solar dan angin di bahagian barat China selaras dengan usahanya untuk tidak terlalu bergantung kepada penjanaan tenaga daripada sumber bahan api fosil.\r“Baru-baru ini kerajaan China melaksanakan pelan strategik lima tahun ke-12 yang menempatkan tenaga solar sebagai sebahagian daripada strategi keselamatan negara bagi memastikan kemampanan bekalan tenaga jangka panjang,” katanya.\r\n\n\n\n\rSelain meningkatkan pelaburan kedua-dua negara dalam teknologi hijau, Chua berkata, Malaysia dan China boleh mengadakan kerjasama strategik bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai teknologi dan tenaga hijau serta mendidik generasi masa depan betapa pentingnya dalam menjaga alam sekitar.\rBeliau berkata, kerjasama strategik itu boleh diwujudkan menerusi perkongsian kepakaran teknologi hijau dengan penganjuran forum akademik dan pertukaran pelajar universiti.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.282042 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list