|
HAJAT pemain kelab profesional KLRC, Zulfadli Zulkifli mendakap gelaran lebih berprestij selepas muncul juara remaja Asia dan Sukan Belia Komanwel semakin cerah apabila mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Taiwan, semalam.\rWalaupun tewas 10-21 pada set pertama menentang Wisnu Yulis Prasetyo dari Indonesia, Zulfadli yang juga pilihan kedua bangkit memperkemaskan permainan untuk memenangi set kedua dan penentuan 21-10, 21-16 dalam tempoh 43 minit.\r\n\n\n\n\r “Saya terlalu mengikut rentak lawan pada set pertama yang mengakibatkan tewas, tetapi selepas mengubah strategi permainan, saya tidak berdepan masalah mengheret perlawanan ke set penentuan dan memenanginya.\r\r\n\n\n\n\n “Jadi, saya akan cuba memperkemaskan lagi permainan kerana saya hanya tinggal dua langkah lagi untuk mendakap gelaran Dunia. Sudah tentu peluang keemasan ini tidak akan dipersiakan,” kata Zulfadli.\rDalam saingan separuh akhir hari ini, Zulfadli akan menentang pilihan 3/4 Kento Momota dari Jepun yang turut bergelut menentang seorang lagi wakil Indonesia Shesar Hiren Rhustavito sebelum menang 16-21, 21-15, 21-15.\rBagaimanapun, Zulfadli tidak akan beraksi berseorangan kerana naib juara beregu lelaki tahun lalu, Nelson Wei Keat-Teo Ee Yi turut mara ke separuh akhir apabila mudah menundukkan Lukhi Apri Nughoro-Kevin Sanjaya Sukamuljo dari Indonesia 21-17, 21-19 dalam tempoh 29 minit.\rNelson yang selepas itu bergandingan dengan Chow Mei Kuan dalam beregu campuran tidak menunjukkan keletihan apabila membenamkan cabaran Kasper Antonsen-Line Kjaersfeldt dari Denmark 21-18, 21-17 dalam tempoh 26 minit.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|