CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 185|Reply: 0

Jalan raya Bangkok jadi lubuk sampah

[Copy link]
Post time 4-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Banjir paling buruk landa ibu kota Thailand dicemari air  kotor bawa pelbagai penyakit\rBANGKOK: Samroeng Verravanich, kelihatan bersahaja meranduk air berwarna coklat separas paha di salah satu jalan raya di ibu kota Thailand yang dilanda banjir, memakai sarung tangan putih, mengutip beg plastik berlendir dan menggantungkannya ke dalam raga merah  dibawa.\r\n\n\n\n\r“Jika terluka, ia boleh menyebabkan jangkitan pada jari. Tangan saya dijangkiti. Ia menyakitkan dan merebak seperti virus,” kata Samroeng mengenai air kotor, menunjukkan tangannya yang dijangkiti ruam merah.\r\r\n\n\n\n\nKetika banjir paling buruk dalam masa setengah abad terus menghantui Bangkok, bercampur dengan air berbuih yang datang menerusi longkang dan melimpah melepasi terusan, banyak jalan raya menjadi tempat pelupusan sampah terapung.\rBeg plastik berisi sisa makanan yang sudah busuk tersangkut di bot, kereta, motosikal dan orang ramai ketika mereka menyusuri jalan raya dipenuhi air itu. \rNajis manusia dan haiwan boleh dilihat terapung-apung dalam air yang jelas membawa penyakit.\rTiada penularan penyakit besar dilaporkan sejak musim tengkujuh menyebabkan banjir yang mula menenggelamkan kawasan utara bandar raya itu Ogos lalu. \rBagaimanapun, pakar memberi amaran ancaman kesihatan terbesar berkemungkinan muncul dalam masa beberapa minggu lagi selepas banjir surut.\r“Keadaan memang bahaya. Anda perlu memastikan kanak-kanak tidak mendekati air dan semua orang perlu menjauhi air sejauh yang boleh,” kata jurucakap UNICEF, Mark Thomas.\rPenyakit bawaan nyamuk, seperti demam denggi, amat dibimbangi selain jangkitan mata dan penyakit bawaan air yang boleh menyebabkan cirit-birit dan masalah kekurangan air dalam badan.  – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.054668 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list