CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 363|Reply: 3

Wanita lahir anak perempuan didenda

[Copy link]
Post time 3-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Suami minta RM1,561 sebelum benar isteri pulang\rPATNA: Tindakan seorang lelaki di Bihar kelmarin mengenakan denda kepada isterinya 25,000 rupee (RM1,561) kerana melahirkan bayi perempuan, memaksa pentadbiran tempatan campur tangan. \r\n\n\n\n\r  Nargis, bayi perempuan yang dilahirkan di kampung negeri jiran Uttar Pradesh adalah antara bayi yang diiktiraf sebagai penduduk dunia ke-7 bilion. \r\r\n\n\n\n\n  Pihak berkuasa campur tangan dalam isu itu selepas Mohammad Manzoor, dari daerah majoriti Islam di Purnea, Bihar menghalau isterinya, Shahnaz, 30, dari rumah mereka dan hanya membenarkan beliau kembali ke rumah itu selepas membayar denda yang dikenakan.\rMenurut pegawai di kawasan itu, Manzoor turut mengisytiharkan denda akan berganda jika isterinya melahirkan bayi perempuan lagi, lapor Gulfnews.\r“Saya tidak mahu anak perempuan, ini terlalu membebankan,” katanya.  \rDitinggalkan tanpa  pilihan, wanita itu mengemukakan aduan kepada pentadbiran daerah tempatan untuk mendapatkan bantuan.\r“Saya dihormati keluarga mentua sebelum ini tetapi sebaik melahirkan anak perempuan, layanan mereka terhadap saya terus berubah. Jika melahirkan bayi perempuan adalah kesalahan yang perlu dihukum, saya sepatutnya diberi anugerah kerana melahirkan dua anak lelaki sebelum ini,” katanya.\rMenyedari kes itu agak sensitif, pihak pentadbiran segera memindahkan kes itu kepada Jabatan Pertelingkahan Keluarga yang berkhidmat dengan mengemukakan notis kepada suami dan akhirnya menyelesaikan masalah itu.\r“Kami benar-benar sukar meyakinkan Manzoor tetapi apa yang baik ialah berjaya menghalang keluarga itu bercerai berai,” kata anggota jabatan itu yang memberi kaunseling kepada lelaki itu,  Dilip Kumar Deepak dan Swati Vaishnatri.\rSelepas diyakinkan kaunselor, pasangan  itu setuju tinggal bersama dan Shahnaz menggugurkan kes terhadap suaminya. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2011 10:52 AM | Show all posts
giler punye jantan....:@
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2011 12:23 PM | Show all posts
binatang btol!!{:1_270:}
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2011 01:38 PM | Show all posts
Bodoh nye jantan..yang ko kawin tu bukan pompuan ke..asal tak kawin ngan jantan je..bangang  !
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.041268 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list