CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 219|Reply: 0

Israel pula hukum Palestin isu UNESCO

[Copy link]
Post time 3-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Rejim Zionis juga cari sebab serang Iran kerana program nuklear\rBAITULMAQDIS: Israel mengumumkan akan membina 2,000 rumah lagi untuk pendatang Yahudi dengan membekukan pemindahan dana cukai Palestin sebagai menghukum mereka atas undian di UNESCO meluluskan kemasukan sebagai ahli badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.\r\n\n\n\n\rRejim Zionis itu mendapat ilham daripada langkah Amerika yang menarik balik dana kepada UNESCO. Malah, ia juga membincangkan serangan terhadap Iran bagi memusnahkan program nuklearnya.\r\r\n\n\n\n\nPerdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan anggota Kabinetnya bersetuju mempercepat pembinaan penempatan di timur Baitulmaqdis dan kawasan berhampiran, sehari selepas UNESCO menerima Palestin sebagai anggota penuh. \r“Langkah ini dipersetujui...sebagai hukuman selepas mengundi di UNESCO,” kata pegawai kanan kerajaan sebelum Netanyahu mendakwa Israel membuat keputusan itu kerana mempunyai hak berbuat demikian.\r“Kami akan bina 2,000 unit rumah termasuk 1,650 kediaman di timur Baitulmaqdis dan selebihnya di penempatan Maaleh Adumim dan Efrat,” tambahnya merujuk kepada penempatan besar di timur Baitulmaqdis dan satu lagi antara Baitulaham serta bandar selatan Hebron.\r“Kami juga memutuskan untuk membekukan pemindahan dana secara sementara kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA),” tambahnya.\r\n\n\n\n\rSetiap bulan, Israel memindahkan kepada Pihak Berkuasa Palestin puluhan juta dolar sebagai cukai kastam terhadap barangan yang dihantar ke pasar Palestin yang transit melalui pelabuhan Israel. Peruntukan itu mewakili peratusan besar dalam belanjawan Palestin. \rIsrael sering membekukan pemindahan dana itu sebagai langkah hukuman dalam hubungan diplomatik atau perkembangan politik yang dilihat sebagai berbahaya.\rSementara itu, Netanyahu dan Menteri Pertahanan, Ehud Barak cuba meyakinkan Kabinet supaya menyokong serangan terhadap Iran, lapor akhbar Haaretz. \rNetanyahu berusaha untuk memenangi sokongan majoriti untuk menyerang Iran tetapi ada beberapa anggota Kabinet menentang serangan itu.\rNetanyahu berjaya meyakinkan Menteri Luar, Avigdor Lieberman menyokong serangan itu yang bertujuan memusnahkan keupayaan nuklear Iran.\rTetapi menteri lain dilaporkan menentangnya dengan ramai yang beranggapan yang tindakan terhadap Iran perlu dilakukan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.\rLaporan Haaretz keluar beberapa hari selepas spekulasi rancangan serangan Israel terhadap Iran. Isnin lalu, Barak menafikan laporan media bahawa beliau dan Netanyahu sudah memutuskan untuk menyerang Iran walaupun ditentang ketua perisikan dan ketenteraan.\rAntara yang masih menentang serangan itu, kata Haaretz ialah Menteri Dalam Negeri, Eli Yishai dari parti ultra-Ortodok Shas, Menteri Perisikan, Dan Meridor,  Menteri Hubungan Strategik dan orang kepercayaan Netanyahu, Moshe  Yaalon dan Menteri Kewangan, Yuval Steinitz.\rHaaretz berkata, laporan keupayaan nuklear Iran dijangka diterbitkan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa pada Selasa minggu depan akan membantu keputusan terhadap serangan ke atas Tehran.  – AFP/Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.693055 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list