CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 123|Reply: 0

Pakej khas lindungi ekonomi

[Copy link]
Post time 3-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Langkah pastikan negara terus berkembang, elak krisis kewangan dunia\rPAKEJ rangsangan khas bernilai RM6 bilion yang disediakan dalam Bajet 2012 akan berfungsi sebagai pelindung kepada ekonomi negara daripada kemungkinan berlakunya satu lagi pusingan krisis ekonomi dunia, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.\r\n\n\n\n\r  “Ia adalah bagi memastikan negara menikmati pertumbuhan ekonomi lebih tinggi jika kemelesetan tidak berlaku, dan jika sebaliknya terjadi, maka ia akan dapat melindungi ekonomi kita.\r\r\n\n\n\n\n  “Jika berlakunya kemelesetan di Amerika Syarikat (AS) dan zon Kesatuan Eropah (EU), ia sudah tentu akan menjejaskan angka perdagangan negara.\r“Disebabkan itu kerajaan menekankan pakej rangsangan ini adalah untuk melindungi kekuatan ekonomi negara,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Akauntan Antarabangsa Institut Akauntan Malaysia dan Persidangan Persekutuan Akauntan ASEAN ke-17 (MIA-AFA 2011) di Kuala Lumpur, semalam.\rDalam pembentangan Bajet 2012 bulan lalu, kerajaan memperuntukkan satu pakej rangsangan khas bernilai RM6 bilion yang akan dilaksanakan menerusi inisiatif pembiayaan swasta bagi pembangunan beberapa projek tertentu.\rAhmad Husni berkata, dengan adanya penampan itu, kerajaan yakin akan dapat mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi antara lima ke enam peratus tahun depan, meskipun di tengah-tengah persekitaran ekonomi dunia yang tidak menentu.\r\n\n\n\n\r“Bagi tahun ini, kerajaan yakin mencapai sasaran ditetapkan, tetapi masih tidak mengetahui kedudukan tahun depan.\r“Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) mengunjurkan kita mampu mencapai pertumbuhan 5.1 peratus tahun ini dan 5.2 peratus tahun depan, tetapi keadaan sebenar ekonomi dunia tahun depan masih tidak dapat dipastikan,” katanya sambil menambah tumpuan kerajaan kini diberikan kepada usaha meningkatkan perbelanjaan domestik, pelaburan swasta dan perbelanjaan kerajaan bagi mengekalkan pertumbuhan.\rBeliau juga menegaskan, dalam persekitaran ekonomi semasa, kerajaan lebih prihatin terhadap prospek pertumbuhan berbanding kadar inflasi.\rBerikutan itu, katanya, dalam senario keadaan terburuk, kerajaan masih mempunyai dana tambahan untuk menyediakan pakej rangsangan seterusnya.\r“Kita masih mempunyai simpanan seperti dana pembiayaan sokongan bernilai RM4 bilion yang dimasukkan dalam akaun pendapatan dan dana RM5 bilion dalam Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN).\r“Kementerian juga sudah meminta Ketua Akauntan Negara menyemak semula dana amanah bernilai RM30 bilion yang sebahagiannya tidak digunakan,” katanya.\rKerajaan juga katanya, agak konservatif dalam unjuran pendapatannya bagi tahun depan kerana tidak mengambil kira pencairan beberapa aset kerajaan dan kelompongan dari segi kutipan hutang daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ke dalam Bajet 2012.\r“Kita merancang menswastakan aset yang dimiliki kerajaan dalam bentuk beberapa bidang tanah, untuk menambah kepada pendapatan negara.\r“Bagi kutipan hutang oleh LHDN, kementerian mendapati jumlahnya meningkat ketara tahun ini selepas makmal kewangan awam dilaksanakan bagi tujuan itu awal tahun ini,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.090035 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list