CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 165|Reply: 0

SapuraCrest peroleh kontrak RM4.37 bilion

[Copy link]
Post time 2-11-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Raih hak bina, sewakan tiga PLSV kepada firma Brazil\rSAPURACREST Petroleum Bhd, meraih kontrak bernilai AS$1.4 bilion (RM4.37 bilion) daripada firma minyak negara Brazil, PetroleoBrasileiro S.A. (Petrobras).\r\n\n\n\n\r  Kontrak yang diberikan kepada anak syarikat milik penuhnya, TL Offshore Sdn Bhd (TLO) itu adalah untuk menyewa dan mengendalikan tiga kapal sokongan saluran paip fleksibel laut dalam (PLSV).\r\r\n\n\n\n\n  Di bawah kontrak itu, TLO akan membina dan menyewakan tiga PLSV kepada Petrobras, yang mana sebuah kapal akan dibina di Brazil, manakala dua lagi akan dibina di luar negara itu.\rTLO juga akan bertanggungjawab ke atas pengurusan projek, prosedur dan operasi PLSV berkenaan untuk Petrobras.\rPLSV terbabit akan digunakan untuk melaksanakan projek pembinaan marin minyak dan gas dan perairan Brazil.\rNaib Pengerusi Eksekutif dan Presiden SapuraCrest, Datuk Seri Shahril Shamsuddin berkata, kontrak itu menjadi penanda aras penting kerana ia menandakan kemasukan kumpulan ke dalam pasaran minyak dan gas yang luas, dinamik namun mencabar dari segi teknikal di Brazil.\r\n\n\n\n\r“Ia adalah pengiktirafan bermakna kepada SapuraCrest sebagai peserta global. Kami akan memanfaatkan kepakaran dan set kemahiran yang diperoleh selama ini untuk menyediakan perkhidmatan berasaskan teknologi dalam sektor pembinaan serta kejuruteraan marin,” katanya.\rBeliau menambah, kemasukan syarikat itu ke pasaran Brazil adalah sebahagian strategi pengembangan jangka panjang globalnya yang turut membabitkan cadangan pengambilalihan operasi kejuruteraan luar pesisir dan pembinaan marin Clough Ltd di Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat selain menerima kontrak membina dua menara pelantar laut dalam serta kapal saluran paip baru-baru ini.\r“Pengukuhan kapasiti, rangkaian dan asas aset, ditambah pula dengan kemasukan ke Brazil adalah teras untuk mengembangkan kehadiran syarikat dalam ekosistem minyak dan gas global.\r“Sebagai kumpulan inovatif dalam teknologi yang memiliki kehadiran antarabangsa, kami kini berada pada kedudukan lebih kukuh untuk menampung keperluan syarikat minyak milik negara atau firma minyak utama serta persendirian,” katanya.\rBeliau menegaskan, SapuraCrest akan terus komited  melabur dalam teknologi, tenaga kerja dan aset pemangkin dalam usahanya meningkatkan nilai pemegang saham ketika syarikat mendapatkan lebih banyak kontrak bernilai tinggi di pasaran utama sektor berkenaan.\r“Ini akan merintis jalan kepada syarikat dan rakyat tempatan menjadi sebahagian daripada landskap minyak dan gas antarabangsa di mana kami akan terus membentuk SapuraCrest menjadi penyedia perkhidmatan minyak dan gas bersepadu,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:51 AM GMT+8 , Processed in 0.062486 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list