View: 128|Reply: 0
|
KDNK suku ketiga dijangka meningkat
[Copy link]
|
|
Pertumbuhan disokong permintaan pengguna, pelbagai projek kerajaan\rGABENOR Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata terdapat peningkatan dalam angka pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tempoh suku ketiga tahun ini disokong oleh permintaan penggunaan yang kukuh dan pelaksanaan pelbagai projek kerajaan.\r\n\n\n\n\r “Kita akan lihat sejauh mana peningkatan itu, sama ada ia lebih daripada 4.5 peratus atau hampir lima peratus,” katanya kepada pemberita pada Persidangan Pemantau Bank Pusat Asia Pertama di Kuala Lumpur, semalam.\r\r\n\n\n\n\n Bank Negara dijadualkan mengumumkan perangkaan KDNK bagi tempoh suku ketiga itu pada 18 November ini.\r“Angka tunjuk perdagangan, permintaan penggunaan dan pelaksanaan, semuanya menyaksikan arah aliran positif. Pembiayaan juga terus kukuh sepanjang tempoh suku ketiga,” katanya.\rMengenai sama ada Malaysia lebih bimbang tentang inflasi atau pertumbuhan ekonomi, Zeti berkata. kedua-duanya akan dipantau rapi.\r“Keadaannya adalah sangat dinamik. Kita perlu membuat penilaian yang berhati-hati. Kita tidak mahu melemahkan prospek pertumbuhan masa depan kerana jika kita mempunyai inflasi yang tinggi, ia akan menjejaskan pertumbuhan.\r\n\n\n\n\r“Justeru, dasar tidak hanya menumpu kepada tempoh jangka pendek, tetapi juga untuk jangka sederhana,” katanya.\rDalam tempoh separuh pertama tahun ini, KDNK Malaysia berkembang 4.4 peratus selepas berkembang 4.9 peratus pada suku pertama dan empat peratus pada suku kedua.\rSementara itu, Zeti dalam ucapannya pada Persidangan Pemantau Bank Pusat Asia Pertama itu, berkata, kemunculan Asia sebagai kuasa baru ekonomi dunia mencetuskan keperluan kepada usaha menggalakkan pembentukan integrasi kewangan serantau dengan cara meningkatkan kegiatan kewangan dan perbankan rentas sempadan di rantau ini.\rBeliau berkata, institusi kewangan di Asia kini semakin mengalihkan tumpuan untuk mengukuhkan kehadiran masing-masing di rantau ini dalam usaha mereka mengambil peluang daripada prospek pertumbuhan besar Asia.\rSebagai contoh, katanya, bank dari Malaysia kini beroperasi di 13 negara seluruh Asia dengan aset asing keseluruhan berkembang daripada hanya AS$1 bilion kepada kira-kira AS$100 bilion dalam tempoh 2002 hingga 2010.\r“Sistem pembayaran dan penjelasan kita turut dipertingkatkan untuk memudah cara aliran pelaburan yang cekap dan urus niaga rentas sempadan yang lebih menjimatkan kos.\r“Usaha sedang dilakukan untuk membentuk Pakatan Depositori Sekuriti Berpusat Pan Asia yang akan menyediakan akses mudah ke atas sekuriti Asia di kalangan pelabur antarabangsa,” katanya.\rZeti berkata, kelancaran pelaksanaan integrasi kewangan di Asia menyumbang kepada penggunaan dana secara lebih cekap dari rantau ini yang disalurkan bagi memenuhi keperluan pelaburan serantau.\r“Bagi dekad akan datang, perbelanjaan pembangunan prasarana di Asia saja adalah dua kali ganda daripada anggaran simpanan di rantau ini.\r“Ini menyediakan perspektif pelaburan baru kepada pelabur dan peluang mempelbagaikan cabang pelaburan,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|