CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 216|Reply: 0

Robot bantu OKU dicipta

[Copy link]
Post time 2-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Toyota rancang lancar prototaip  2013\rTOKYO: Syarikat kenderaan gergasi, Toyota, semalam menunjukkan bagaimana satu robot prototaip mengangkat pesakit atau orang kurang upaya (OKU) daripada katil di hospital atau membantu mereka berjalan.\r\n\n\n\n\rFirma berkenaan merancang untuk memasarkan produk itu sebagai ‘alat membantu berjalan’ selepas  2013 sekali gus berpotensi meletakkannya sebagai pengasas industri besar di Jepun, salah sebuah negara yang ramai warga tua.\r\r\n\n\n\n\nProfesor yang pakar dalam rawatan pemulihan, Eiichi Saitoh, menunjukkan cara alat bantuan berjalan itu berfungsi dengan mengikat tali metalik pada kaki kanannya yang lumpuh akibat polio.\rDia menunjukkan kepada wartawan di kilang Toyota di Tokyo bagaimana tali itu boleh membengkokkan lutut apabila dikehendaki, membolehkan dia berjalan dengan lebih normal dan bangun daripada kerusi lebih mudah berbanding menggunakan alat bantuan berjalan sedia ada.\rMemakai bateri yang kelihatan seperti beg sandang, Saitoh naik dan turun tangga dengan mudah. Katanya, dia mencuba mesin dihasilkan itu dengan pesakit lain dan yakin dapat membantu pulih lebih cepat daripada serangan angin ahmar dan penyakit yang menghalang pergerakan.\r“Mungkin sukar meramal masa depan tetapi era masyarakat warga emas semakin dekat. Kita perlukan robot untuk teruskan kehidupan,” katanya.\r\n\n\n\n\rToyota juga mempamerkan mesin dengan lengan berlapik yang dapat membantu pekerja kesihatan mengangkat pesakit kurang upaya daripada katil dan mengangkat mereka. Satu lagi alat bantuan berfungsi seperti papan luncur bertujuan membantu pesakit belajar mengimbangi badan semula.\rPegawai Toyota berkata, teknologi untuk kenderaan seperti pengesan, motor dan perisian komputer digunakan dalam peralatan berkenaan bagi membantu pesakit bergerak, dan apa yang mereka belajar mengenai pergerakan berkemungkinan akan digunakan dalam kereta pada masa depan.\rHarga dan rancangan jualan di luar negara bagi semua mesin berkenaan masih belum diputuskan, menurut syarikat berkenaan.\rPengurus Besar Toyota, Akifumi Tamaoki, berkata lebih banyak ujian perlu dilakukan ke atas manusia untuk memastikan tahap keselamatan dan kebolehannya selain mendapatkan reaksi pengguna.\rDia percaya, produk komersil yang masih dalam pembinaan itu akan lebih kecil dan ringan berbanding prototaip ditunjukkan.\r“Kami mentakrifkan mesin ini sebagai rakan robot,” katanya.\rToyota, sebelum ini menunjukkan robot berbentuk manusia dapat meniup trompet dan menggesek biola, dan robot yang bergerak serta bercakap mengenai kereta keluaran Toyota di bilik pameran.– AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.043642 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list