CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 251|Reply: 0

Amerika hukum UNESCO

[Copy link]
Post time 2-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Tarik balik pembiayaan RM184 juta kerana izin Palestin jadi ahli\rNEW YORK: Amerika Syarikat bertindak menarik balik dana tahunan untuk agensi ekonomi, kebudayaan dan pendidikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai hukuman terhadap badan dunia itu kerana memberi keanggotaan penuh kepada Palestin meskipun turut dibantah Israel dan Eropah.\r\n\n\n\n\rSebanyak 107 anggota UNESCO menyokong untuk menerima Palestin sebagai anggota penuh, keputusan yang disambut sorakan kuat delegasi antarabangsa di Paris. \rSebanyak 52 wakil negara lain termasuk United Kingdom, memutuskan untuk tidak mengundi.\r\n\n\n\n\n\rDalam masa beberapa jam, Amerika mengumumkan ia menghentikan sumbangan besarnya kepada bajet UNESCO berikutan keputusan undian berkenaan.\rJurucakap Jabatan Negara Amerika, Victoria Nuland, berkata Washington tidak mempunyai pilihan disebabkan undang-undang berusia 21 tahun melarang bayaran dana kepada mana-mana badan PBB yang menerima Palestin sebagai anggota penuh.\rPenyerahan dana AS$60 juta (RM184 juta) yang dijangka dibuat lewat bulan ini digantung, langkah yang memberi tamparan hebat kepada agensi itu. Amerika menyumbang 22 peratus daripada bajet tahunan UNESCO.\r“Keputusan UNESCO dikesali, tidak matang dan memandang rendah matlamat yang dikongsi untuk mencapai keamanan menyeluruh, adil dan berpanjangan antara penduduk Palestin dan Israel,” dakwa Nuland.\rIsrael turut memberi petanda memberi hukuman berat kepada agensi PBB itu. Kementerian Luarnya mengeluarkan kenyataan untuk menimbang kerjasama berterusan dengan UNESCO.\rDuta rejim Zionis itu ke UNESCO, Nimrod Barkan, menyifatkan undian itu sebagai satu tragedi.\rTetapi, pegawai Palestin yang menyifatkan undian itu satu peristiwa bersejarah, nyata gembira dengan keputusan agensi berkenaan.\r“Undian itu akan menghilangkan sedikit ketidakadilan yang dibuat kepada penduduk Palestin,” kata Menteri Luar Palestin, Riyad al-Malki, di Paris.\rSokongan berkenaan membolehkan Palestin menyertai agensi PBB itu, suntikan besar kepada kempen mendapatkan pengiktirafan antarabangsa sebagai negara merdeka, dan menjadi tamparan hebat kepada Israel dan Amerika yang membantah langkah itu.\rPresiden Palestin, Mahmoud Abbas, berkata undian itu sebenarnya mewakili sokongan kepada kebebasan dan keadilan.\rDalam kenyataan kepada Wafa, Abbas berkata: “Undian ini adalah demi keamanan dan mewakili persetujuan sebulat suara antarabangsa menyokong hak kedaulatan penduduk Palestin, yang paling penting penubuhan negara merdeka.”\rSebahagian perwakilan juga mengutuk reaksi Amerika.\r“Reaksi mereka seolah-olah seperti kami meminta untuk diterima menjadi ahli al-Qaeda,” kata pegawai kanan Palestin, Nabil Shaath, sebelum undian. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.508769 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list