|
RASANYA tahun ini pelakon komedi, Angah, dengarnya tak menang tangan menerima undangan. Bukan hanya persembahan pentas, produser drama dan filem juga suka menggunakan khidmatnya. Kiranya kerjaya seni Angah sama rancak dengan teman rapatnya, Along, apabila masing-masing kerap disambar penerbit dan pengelola majlis.\rDifahamkan, dia baru saja selesai penggambaran filem Taikun juga arahan Bob Hashim dan kemudian diamanahkan pula membintangi sebuah lagi filem yang agak berbeza buatnya. Khabarnya genre misteri, tetapi Cik Normah terlupa pula judulnya. Maklumlah, banyak benda kena fikir. Apa pun, Cik Normah pun tak sabar nak tunggu sebab selama ni Angah hanya ditonjolkan sebagai pelawak atau dalam cerita komedi.\r\n\n\n\n\rSebenarnya ramai yang suka Angah. Rasanya Cik Normah tahu kenapa Along dan Angah disukai ramai termasuk peminat. Selain berbakat, mereka pandai menyesuaikan diri walau di mana pun berada. Kiranya mereka berdua ini tak sombong, malah teman-teman media pun sering memuji sebab untuk mereka tidak banyak kerenah kalau diundang ke sesi fotografi dan apa juga majlis. Bak kata orang, senang nak bekerjasama. \r\r\n\n\n\n\nKalau nak jadikan mereka contoh buat bakat muda lain pun lebih tepat. Sebab masa bergurau, memang mereka bergurau sungguh-sungguh dan apabila masuk bab kerja, dalam berlawak mereka cukup komited. Bila ditegur atau diusik dengan gosip nakal pun selamba. Tak pula marah tak tentu hala. Sisi itu yang membuatkan mereka istimewa.\rTidaklah macam segelintir individu, baru nama disebut-sebut sudah tak jejak bumi. Peliknya bila dicuit sikit, terus meroyan kononnya pantang diusik. \rPadahal kalau tak sungguh, tak melata. Lagi pun sudah namanya industri hiburan. \rTak payahlah tengok sampai Hollywood, kat negara jiran ni pun sudah cukup, hal kain dalam penggiat industri diselak. Kiranya kat sini artis masih beruntung, kalau setiap inci diselongkar sudah banyak tokak terdedah. Tak gitu Sherry Kepoci?
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|