CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 137|Reply: 0

Industri automotif diberi perhatian

[Copy link]
Post time 1-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kajian semula  Dasar Automotif Negara akan seimbang peserta tempatan, luar negara\rKAJIAN semula Dasar Automotif Negara (NAP) akan menyeimbangkan antara kepentingan peserta industri tempatan dan luar negara, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Mukhriz Mahathir.\r\n\n\n\n\r  Beliau berkata, kepentingan industri automotif tempatan tetap akan diberikan perhatian walaupun kajian semula itu antara lain bertujuan menarik kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) ke dalam sektor itu.\r\r\n\n\n\n\n  “Setakat ini, sebahagian daripada peserta industri automotif tempatan sudah bersedia menghadapi liberalisasi menerusi NAP, terutama industri kenderaan hibrid dan elektrik berikutan langkah kerajaan melanjutkan pengecualian penuh duti import dan eksais sehingga Disember 2013 seperti diumumkan dalam Bajet 2012, baru-baru ini,” katanya sambil menambah pelaksanaan liberalisasi NAP akan diumumkan kerajaan kelak.\rBeliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Anugerah ICT-AWANI kedua di Kuala Lumpur, semalam.\rHadir sama, Pengerusi Persatuan Usahawan dan Industri ICT Bumiputera Malaysia (NEF), Ashran Ghazi dan Pengurus Besar Astro AWANI, Rozina Aziz.\rMengenai masalah banjir di Thailand, Mukhriz berkata, pihaknya mendapat maklum balas daripada semua sektor termasuk automotif berhubung perancangan syarikat memindah pusat pengeluaran komponen dari negara jiran itu ke Malaysia.\r\n\n\n\n\rKatanya, kerajaan menggariskan dua pilihan kepada syarikat berkenaan iaitu menggunakan sementara kemudahan yang ada di negara ini sehingga bencana di Thailand pulih atau membina kilang untuk pengeluaran komponen secara tetap.\r“Peluang muncul di saat negara jiran menghadapi musibah. Namun, Malaysia tidak akan bertindak agresif untuk menarik syarikat pelbagai sektor beralih ke negara ini kerana tidak mahu dilihat sebagai mengambil kesempatan di atas bencana negara lain.\r“Bagaimanapun, ia sebenarnya secara tidak langsung dapat mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan terbaik berikutan kestabilan politik dan terlindung daripada potensi bencana besar,” katanya. \rSementara itu, Ashran berkata, NEF-AWANI kali ini dijangka menampilkan penyertaan lebih 200 syarikat selain penganjur memperkenalkan beberapa elemen baru berbanding edisi sulung tahun lalu.\r“Antara elemen baru termasuk sesi temu bual membabitkan lima calon peringkat akhir yang dipilih bersama panel hakim untuk memilih mereka menjadi tiga finalis dalam setiap kategori,” katanya.\rAnugerah kemuncak yang disiarkan secara langsung di Astro AWANI saluran 501 pada 12 Februari tahun depan dibahagikan kepada dua kategori iaitu ICT dan inklusif pilihan rakyat.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.282494 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list