CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 124|Reply: 0

Barat cetus banyak huru-hara

[Copy link]
Post time 31-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Presiden Syria beri amaran campur tangan asing wujud ‘Afghanistan’ baru\rDAMSYIK: Presiden Syria, Bashar al-Assad, memberi amaran keras sebarang campur tangan Barat akan mencetuskan lebih banyak huru-hara di rantau berkenaan, selepas berpuluh-puluh maut pada hari paling teruk sejak kebangkitan rakyat menentang pemerintahannya.\r\n\n\n\n\rDalam temubual dengan akhbar Sunday Telegraph, Assad, menegaskan kemunculan satu lagi ‘Afghanistan’ jika tentera asing masuk campur dalam urusan negaranya seperti dilakukan dengan kebangkitan rakyat Libya yang menumbangkan pemerintahan Muammar Gaddafi.\r\r\n\n\n\n\n“Syria kini adalah hab rantau ini. Ia  sebuah negara yang penting dan jika ada yang cuba ‘bermain’ dengannya ia bakal menyebabkan masalah besar. Adakah anda mahu melihat satu lagi Afghanistan atau 10 lagi Afghanistan?\r“Sebarang masalah di Syria akan membakar seluruh rantau ini. Jika rancangannya ialah untuk membahagikan Syria, bermakna ia membahagikan seluruh rantau,” katanya. \rAmaran itu dikeluarkan ketika 20 anggota tentera terbunuh dan 53 lagi cedera dalam pertempuran  dengan askar yang berpaling tadah di Homs kelmarin, manakala 10 ejen keselamatan dan seorang yang berpaling tadah maut dalam satu serang hendap terhadap sebuah bas, kata aktivis.\rKeganasan itu, yang mengorbankan anggota kedua-dua penyokong dan penentang rejim itu  adalah kejadian paling buruk dalam tempoh enam bulan, berlaku ketika 12 penduduk awam terbunuh dan beberapa lagi cedera terkena bedilan senjata penyokong kerajaan.\r\n\n\n\n\rDi Homs, sekurang-kurangnya 12 penduduk awam terkorban dibunuh penembak curi  manakala sebilangan lagi yang tidak diketahui bilangannya dibunuh di rumah mereka oleh tentera, kata Pemantau Hak Kemanusiaan Syria. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.191171 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list