|
RIYADH: Seorang anggota keluarga diraja Arab Saudi menaikkan ganjaran sehingga AS$1 juta (RM3 juta) kepada sesiapa yang berjaya menangkap tentera Israel untuk ditukarkan dengan banduan Palestin.\rPutera Khaled bin Talal, saudara lelaki kepada hartawan Putera Alwaleed bin Talal, memberitahu stesen televisyen al-Daleel menerusi telefon kelmarin, tawarannya sebagai membalas dendam berikutan ancaman dikeluarkan rejim Zionis itu terhadap Sheik Awadh al-Qarani, ulama terkenal Arab Saudi yang menjanjikan ganjaran AS$100,000 (RM300,000) bagi penangkapan seorang tentera Israel.\r\n\n\n\n\r“Dr al-Qarani berkata beliau menawarkan AS$100,000 cuma untuk menangkap seorang tentera Israel tetapi rejim Zionis bertindak balas dengan menawarkan AS$1 juta untuk membunuh beliau.\r\r\n\n\n\n\n“Saya memberitahu Dr al-Qarani saya menyebelahinya dan membayar baki AS$900,000 (RM270,000) untuk menawan tentera Israel supaya banduan Palestin lain dapat dibebaskan,” katanya.\rAl-Qarani berkata dalam laman Facebooknya minggu ini yang beliau membuat tawaran sebagai reaksi kepada ganjaran hampir sama dibuat sebuah keluarga Israel bagi sesiapa yang dapat menangkap orang yang membunuh seorang anggota keluarga mereka pada tahun 1998, berikutan perjanjian pertukaran banduan awal bulan ini.\rAl-Qarani memang terkenal di Arab Saudi kerana kelantangan beliau memberikan pandangan.\rArab Saudi, tempat lahir Islam, melihat dirinya sebagai juara mempertahankan hak penduduk Palestin tetapi pemimpin negara itu berusaha mengekang lebih banyak kenyataan radikal daripada ulama berhubung konflik Israel-Palestin.\r\n\n\n\n\rPada 2002, negara itu menawarkan inisiatif damai dengan mengiktiraf penuh Israel jika rejim itu menyerahkan semua tanah yang dirampas ketika perang pada tahun 1967 dan menerima penyelesaian bagi pelarian Palestin.\rTawaran al-Qarani dibuat berikutan pembebasan tentera Israel, Gilad Shalit, yang ditawan Hamas di Gaza lebih lima tahun. Israel terpaksa bersetuju membebaskan lebih 1,000 tahanan Palestin sebagai pertukaran. – Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|