CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 118|Reply: 0

6 peraturan jamin ibadat haji lancar

[Copy link]
Post time 30-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Arab Saudi pastikan jemaah selesa, selamatRIYADH: Pihak berkua-sa Arab Saudi merangka enam peraturan kepada jemaah  tahun ini termasuk tidak membawa sebarang naskhah bercetak mengenai fahaman politik.\rKerajaan juga memberi amaran kepada jemaah supaya mematuhi undang-undang dan tradisi Islam Arab Saudi termasuk tidak membawa arak, dadah, bahan lucah atau cetakan mengandungi fahaman agama bertentangan dengan ajaran Islam di negara berkenaan.\r\n\n\n\n\rPada masa sama, Kementerian Keadilan Sosial dan Perpaduan Mesir meminta  jemaah negara itu hanya menunaikan haji dan tidak menyebarkan amalan politik.\r\r\n\n\n\n\nArab Saudi dalam kenyataannya menekankan bahawa jemaah  Mesir perlu menandatangani ikrar  mematuhi peraturan Arab Saudi dan jika melanggarnya, mereka akan dihukum.\rLarangan berkenaan akan ditulis dalam  visa  jemaah. Kenyataan  sama turut menekankan supaya jemaah  segera meninggalkan Arab Saudi dan negara ahli Majlis Kerjasama Teluk (GCC) lain pada akhir musim haji.\rKenyataan itu memberikan maklumat terperinci mengenai proses haji. Jemaah diminta    memberikan maklumat  betul ketika memohon visa. Sekiranya didapati bersalah, pihak berkuasa Arab Saudi tidak teragak-agak  menyekat kemasukan \rmereka.\rPengasas yang juga presiden Persatuan Antarabangsa Cendekiawan Islam (IAMS), Sheikh Yusuf al-Qaradawi dilaporkan berkata, jemaah dilarang menggunakan slogan politik, melakukan demonstrasi atau melakukan sebarang tindakan yang boleh mengancam keselamatan jemaah Islam ketika Haji.\rTuhan menjadikan negara ini untuk melaksanakan ibadat haji dalam keadaan aman dan selamat, jadi umat Islam boleh menjalankan ibadat  dengan tenang.\rDemonstrasi atau menggunakan slogan politik semasa musim haji  tidak boleh diterima kerana perbuatan itu akan menghasut persengketaan antara jemaah di tempat yang suci,  kata Qaradawi  kepada akhbar Saudi Okaz.  Agensi\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.045934 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list