CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 237|Reply: 0

SILK kembali kukuh raih hasil RM247 juta

[Copy link]
Post time 29-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SILK Holdings Bhd yang terbabit dalam perniagaan berkaitan infrastruktur lebuh raya dan perkhidmatan sokongan marin, berada di landasan kukuh untuk kembali mencatatkan keuntungan, kata Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Mohd Azlan Hashim.\rBeliau berkata, keberkesanan pemulihan semula hutang diperkenalkan dua setengah tahun lalu bukan saja menyaksikan pendapatan kumpulan mengukuh sekitar 11 peratus kepada RM247.726 juta dalam tahun kewangan berakhir 31 Julai 2011, malah turut menyaksikan pengukuhan ketara kedudukan tunai hampir 150 peratus kepada RM64.744 juta penghujung Julai lalu daripada RM25.930 juta setahun sebelumnya.\r\n\n\n\n\r  Sungguhpun, bahagian infrastruktur lebuh raya dijangkakan mencatat kerugian perakaunan untuk tempoh semerta hingga sederhana, tetapi saiz kerugian akan beransur mengecil sejajar pertambahan jumlah trafik di Lebuhraya Kajang SILK.\r\r\n\n\n\n\n  Bahagian sokongan marin pula akan menerima dua kapal baru awal tahun depan, sekali gus membuka peluang untuk kami meraih kontrak pajakan baru pada masa depan, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) syarikat itu di Kuala Lumpur, semalam.\rHadir sama Pengarah Eksekutif Jasa Merin (Malaysia) Sdn Bhd, Johan Zainuddin Dzulkifli.\rCabang perkhidmatan sokongan marin milik penuh SILK Holdings itu minggu lalu memperoleh tiga kontrak pajakan kapal bekalan tunda kendalian sauh (AHTSV) jangka panjang daripada PETRONAS Carigali Sdn Bhd, bernilai RM55.3 juta.\rSyarikat berkenaan ketika ini digerakkan 14 angkatan kapal yang kesemuanya di kontrak untuk jangka panjang.\r\n\n\n\n\rMohd Azlan berkata, konsesi Sistem Lingkaran Lebuhraya Kajang Sdn Bhd mencatat jumlah trafik 45.4 bilion kenderaan bagi tempoh Januari hingga Disember tahun lalu, peningkatan 17 peratus berbanding tahun sebelumnya.\rBagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini saja purata trafik harian (ADTV) di Lebuhraya Kajang SILK melepasi 140,000 kenderaan sehari, katanya.\rKedua-dua bahagian ini dijangka kekal menyumbang aliran tunai positif dan mengekalkan keuntungan operasi kumpulan, katanya sambil menambah pihaknya yakin SILK Holdings akan pulih sepenuhnya daripada komitmen hutangnya dan mula mencatat keuntungan dalam beberapa tahun lagi.\rSILK Holdings mencatat kerugian bersih RM11.236 juta dalam tahun kewangan berakhir 31 Julai 2011 berbanding keuntungan bersih RM10.034 juta tahun sebelumnya.\rAzlan menjelaskan, kemerosotan keuntungan bersih itu disebabkan terutama penggunaan standard perakaunan baru yang menyaksikan peningkatan 45 peratus dalam pelunasan perakaunan kumpulan dalam tahun kewangan dikaji.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.039389 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list