CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 277|Reply: 0

Untung bersih TNB merosot 85 peratus

[Copy link]
Post time 29-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Perolehan RM499.5j ekoran peningkatan kos bahan apiKEUNTUNGAN bersih Tenaga Nasional Bhd (TNB) merosot kepada RM499.5 juta dalam tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2011, berbanding RM3.2 bilion yang diraihnya tahun kewangan sebelumnya.Penurunan sebanyak 85 peratus itu berikutan kerugian bersih RM453.9 juta yang dialaminya dalam suku keempat tahun kewangan dikaji berbanding keuntungan bersih RM555.2 juta dalam suku sama tahun sebelumnya berpunca daripada masalah kekurangan bekalan gas hingga menyebabkannya menanggung kos tambahan RM2.1 bilion bagi membeli bahan api gantian untuk menjana tenaga.\n\n\n\nPendapatan syarikat utiliti itu dalam tahun yang dikaji bagaimanapun menyaksikan peningkatan, iaitu sebanyak 6.2 peratus kepada RM32.21 bilion daripada RM30.32 bilion pada tahun kewangan sebelumnya berikutan kenaikan permintaan tenaga di semenanjung yang berkembang 3.1 peratus.\n\n\n\n\nPendapatannya dalam tempoh suku keempat turut meningkat 13 peratus kepada RM9.12 bilion berbanding RM8.07 bilion pada suku yang sama tahun kewangan sebelumnya.Presiden dan Ketua Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh, berkata secara keseluruhannya kos operasi TNB dalam tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 itu meningkat 19.1 peratus kepada RM31.58 bilion daripada RM26.52 bilion tahun sebelumnya.Tahun kewangan 2011 amat mencabar. Disebabkan bekalan gas yang tidak mencukupi, kami terpaksa menggunakan bahan api alternatif yang lebih mahal bagi memastikan bekalan elektrik yang berterusan.Ditambah dengan harga purata arang batu yang lebih tinggi, iaitu pada AS$106.9 juta (RM321.8 juta) satu tan, keputusan kewangan kumpulan terjejas teruk, khususnya dalam tempoh separuh kedua, katanya selepas mengumumkan prestasi kewangan itu di Kuala Lumpur, semalam.\n\n\n\nChe Khalib menegaskan, selagi masalah kekurangan bekalan gas itu tidak diselesaikan, TNB akan terus menanggung peningkatan dalam kos operasinya.Kekurangan bekalan gas tercetus akibat penutupan kemudahan bekalan gas milik PETRONAS bagi proses penyelenggaraan.Susulan itu, PETRONAS terpaksa mengurangkan pembekalan gas kepada TNB dan ini memaksa syarikat utiliti itu membeli bahan api yang disuling pada kos lima kali ganda lebih tinggi daripada harga gas bagi meneruskan operasi penjanaan elektriknya.Bagi menangani isu gas itu, Che Khalib berkata, TNB sedang berbincang dengan kerajaan dan juga PETRONAS bagi mencari penyelesaian terbaik.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.195056 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list