CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1662|Reply: 1

MJ masih terima bayaran tertinggi

[Copy link]
Post time 28-10-2011 09:49 AM | Show all posts |Read mode
NEW YORK: Penyanyi Michael Jackson dinamakan sebagai selebriti sudah meninggal dunia berpendapatan paling tinggi tahun ini dalam satu senarai yang dikumpulkan halaman web kewangan Forbes.com,  gelaran bagi tahun kedua berturut-turut selepas kematiannya pada 2009.

Penyanyi lagu Thriller yang meninggal dunia ketika berusia 50 tahun akibat dos ubat berlebihan, dianggarkan mempunyai pendapatan AS$170 juta (RM605 juta) sepanjang tahun lalu, turut menempatkan beliau sebagai pemuzik pop pendapatan kedua paling tinggi tahun ini, hidup atau mati, kata Forbes.com.Doktor peribadi Jackson ketika kematian beliau, Dr Conrad Murray kini menjalani perbicaraan di Los Angeles atas dakwaan membunuh tanpa niat kerana memberikan ubat bius berlebihan sebagai bantuan tidur kepada penyanyi itu di kediaman Jackson. Murray mengaku tidak bersalah atas dakwaan berkenaan.

Jackson yang namanya semakin jarang menjadi tajuk utama akhbar, menyaksikan peningkatan jualan album dan memorabilia sejak beberapa tahun lalu.

Raja Pop itu diikut rapat dari belakang oleh Raja Rock and Roll, Elvis Presley yang berada di tempat kedua dalam senarai itu dengan pendapatan AS$55 juta (RM195 juta).

Jualan Jackson sejak 12 bulan lalu itu dicatatkan daripada syarikat penerbitan muzik miliknya, Mijac Music dan pegangan saham beliau dalam Sony/ATV Music Publishing.

Lima selebriti yang berada dalam senarai teratas selain Jackson dan Elvis Presley adalah Marilyn Monroe meraih AS$27 juta (RM96 juta), kartunis ‘Peanuts’, Charles Schulz sebanyak AS25 juta (RM88 juta) dan kedudukan sama antara John Lennon dan Elizabeth Taylor, yang masing-masing meraih pendapatan sehingga AS$12 juta (RM42 juta).

Jackson dilaporkan meraih pendapatan sebanyak AS$275 juta (RM978 juta) antara Oktober 2009 dan Oktober 2010 daripada jualan rekod dan dokumentari beliau bertajuk ‘This Is It’. – Agensi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2011 10:04 AM | Show all posts
wow....{:4_181:}
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.409714 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list