CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 146|Reply: 0

Saif tuntut pesawat syarat serah diri

[Copy link]
Post time 28-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
DUBAI: Anak lelaki Muammar Gaddafi yang kini dalam pelarian, Saif al-Islam, menuntut sebuah pesawat untuk membawanya keluar dari padang pasir di selatan Libya supaya dapat menyerah diri kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, kata sumber Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) semalam.\rSaif, 39, yang ditakuti rakyat Libya ketika pemerintahan bapanya, berada dalam pelarian sejak Gaddafi terbunuh minggu lalu.\r\n\n\n\n\r“Beliau memberi isyarat mahu menyerah diri, seperti bekas ketua perisiknya, Abdullah al-Senussi,” kata pegawai NTC. \r\r\n\n\n\n\nKedua-dua mereka menjadi subjek waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).\rMereka berdepan dakwaan jenayah kemanusiaan berikutan tindakan ketika kebangkitan rakyat Libya Februari lalu. \rPercanggahan laporan mengenai kedudukan sebenar Saif tersebar sejak beliau hilang dari kubu kuat Gaddafi di Bani Walid di utara negara itu, dengan sebahagiannya menyatakan beliau dan Senussi berada di Niger.\rPengesahan daripada penyokong Gaddafi yang selamat tidak diperoleh. Seorang peguam antarabangsa yang berkata beliau mewakili salah seorang anggota keluarga itu mempersoal kesahihan kenyataan NTC tetapi enggan memberi komen mengenai laporan penyerahan diri itu.\r\n\n\n\n\rNTC berkata, Saif tidak meninggalkan Libya dan dilindungi oleh tokoh penting \rpuak Tuareg  di padang pasir, yang pernah diberi bantuan kewangan.\rKawasan tidak berpenghuni yang dekat dengan sempadan Niger dan Algeria memberikan laluan untuk melepaskan diri kepada anggota keluarga ini. \rBagaimanapun, menurut pendakwaan ICC, Saif sukar mendapatkan perlindungan di luar negara berbanding saudara maranya.\rBeliau dilaporkan bimbang ketika meninggalkan Bani Walid dan jika menonton video penangkapan bapanya, Saif mungkin memikirkan bagaimana dia akan dilayan jika kekal di Libya.\r“Saif bimbang dengan keselamatannya. Beliau percaya menyerah diri adalah pilihan terbaik,” kata sumber NTC.\rSumber berkata, Saif mahu pembabitan negara ketiga, kemungkinan Algeria atau Tunisia, dalam urusan penyerahannya kepada The Hague.\r“Beliau mahu dihantar dengan pesawat. Beliau mahukan jaminan,” kata sumber menerusi telefon dari Libya.\rKedudukan dan kehendak Saifdikesan dengan mengawasi panggilan telefon satelit, kata sumber, bersama-sama maklumat yang terkandung dalam kabel perisikan.\rNTC kekurangan kemampuan logistik untuk memintas pelarian di padang pasir. \rMereka meminta sekutu NATO untuk bantuan seterusnya selepas misi Barat berundur berikutan kematian bekas pemimpin Libya itu.\rSaif yang berpendidikan di London dilihat penganalisis sebagai pengganti bapanya dan bakal membuat pembaharuan tetapi kenyataan kerasnya mengenai pemberontakan membuatkan ramai pihak berfikir semula.\rKumpulan yang setia dengan Gaddafi di Bani Walid minggu ini memberitahu bagaimana Saif kerap menghubungi bapanya menerusi telefon satelit dan bimbang menjadi sasaran tembakan.\r“Beliau bimbang terkena tembakan mortar. Beliau kelihatan keliru,” kata seorang pegawai tentera. – Reuters

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.317083 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list