View: 236|Reply: 0
|
Produk farmaseutikal diperluas
[Copy link]
|
|
PHARMANIAGA Bhd menjalinkan pakatan strategik dengan Modern Industrial Investment Holding Group Co Ltd dari Arab Saudi serta E*HealthLine Inc dari Amerika Syarikat yang akan menyaksikannya meluaskan pasaran produk farmaseutikalnya di Asia Barat dan Afrika Utara.\rMenerusi memorandum kerjasama (MoC) yang dimeterai di Frankfurt semalam, ketiga-tiga syarikat itu juga akan meninjau potensi membina kilang farmaseutikal di Arab Saudi.\r\n\n\n\n\r “Kami mempunyai harapan tinggi terhadap pakatan strategik ini dalam meninjau peluang untuk menembusi pasaran farmaseutikal di Asia Barat dan Afrika Utara.\r\r\n\n\n\n\n “Kami berharap pakatan strategik ini akan membuahkan hasil yang baik untuk \rketiga-tiga pihak,\" kata Pengarah Urusan Pharmaniaga, Datuk Farshila Emran kepada Berita Harian selepas majlis memeterai (MoC) itu, semalam.\rPada majlis itu, Farshila mewakili Pharmaniaga, Modern Industrial Investment oleh Timbalan Pengerusi dan Ketua Eksekutif Modern Group, Abdulaziz F Al Hamwah, manakala E*HealthLine oleh Ketua Eksekutifnya, Georgette Smart.\rMajlis itu diadakan sempena acara tahunan Congress Pharmaceutical Ingredients Worldwide 2011 (CPHI 2011) yang berlangsung selama tiga hari bermula 25 Oktober di Messe Frankfurt.\rModern Group memiliki pengalaman luas dalam pembangunan, pembiayaan, pembinaan dan operasi pelbagai kemudahan pengeluaran di Arab Saudi.\rE*HealthLine pula mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam menyediakan sistem pengurusan maklumat penjagaan kesihatan bersepadu dan menyediakan penyelesaian teknologi maklumat (IT) berkaitan penjagaan kesihatan di seluruh dunia.\rDitanya bila ketiga-tiga syarikat akan memulakan projek pembinaan kilang farmaseutikal di Arab Saudi itu, Farshila berkata, ia masih pada peringkat perbincangan.\rMengenai CPHI 2011, beliau berkata, penyertaan Pharmaniaga dalam kongres bertaraf dunia itu memberi peluang kepada syarikat itu memperkenalkan produk keluarannya serta mempromosikan kepakaran pengilangan farmaseutikalnya ke peringkat global.\rKatanya, ia adalah penyertaan kali kedua Pharmaniaga dalam kongres itu dan setakat ini pihaknya mendapat maklum balas positif daripada pengunjung yang terdiri daripada syarikat farmaseutikal seluruh dunia yang berminat mengadakan kerjasama dalam pemasaran produk Pharmaniaga dan pengilangan kontrak.\rPharmaniaga adalah anak syarikat Kumpulan Boustead dengan perniagaan terasnya adalah pengeluaran produk farmaseutikal, penyelidikan dan pembangunan (R&D), pemasaran dan penjualan produk farmaseutikal dan peralatan kesihatan serta khidmat pembekalan dan pemasangan kelengkapan hospital.\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|