CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 241|Reply: 0

Hibiscus Petroleum labur RM172j

[Copy link]
Post time 27-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Ambil alih 35 peratus ekuiti dalam Lime Petroleum PlcHIBISCUS Petroleum Bhd, syarikat tujuan khas pengambilalihan (SPAC) yang pertama disenaraikan di Bursa Malaysia, melabur AS$55 (RM172 juta) bagi mengambil alih 35 peratus ekuiti dalam Lime Petroleum Plc, syarikat minyak dan gas (O&G) Asia Barat yang mempunyai tiga konsesi cari gali di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Oman.\rUntuk tujuan itu, Hibiscus Petroleum menerusi anak syarikatnya Gulf Hibiscus Ltd memeterai perjanjian pembelian dengan Lime Petroleum sekali gus menjadikan pengambilalihan pertama Hibiscus Petroleum dalam industri O&G selepas penyenaraiannya di pasaran saham tempatan tiga bulan lalu.\r\n\n\n\n\r  Perjanjian membabitkan langganan 76.9 juta saham baru yang mewakili 27.2 peratus pegangan dalam Lime Petroleum pada harga AS$0.65 sesaham dan pengambilalihan 7.8 peratus saham lagi dari Rex Oil & Gas Ltd, pemegang saham majoriti Hibiscus Petroleum pada harga diskaun AS$0.226 sesaham. \r\r\n\n\n\n\n  Pengarah Urusannya, Dr Kenneth Pereira berkata, hasil perjanjian itu, Gulf Hibiscus menguasai 35 peratus ekuiti dalam Lime Petroleum manakala dua pemegang saham sedia adanya iaitu Rex Oil & Gas kini memiliki 56.4 peratus pegangan berbanding 88.2 peratus sebelum ini; dan Schroder & Co Banque S A memiliki 8.6 peratus berbanding 11.8 peratus sebelumnya.\rKatanya, syarikat menyasar semua urusan berkaitan perjanjian termasuk kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan pemegang sahamnya akan selesai sebelum berakhir tahun kewangan semasanya Mac 2012 dan dijangka meraih pendapatan bermula tahun kewangan akan datang yang berakhir Mac 2013.\r“Lime Petroleum dipilih berdasarkan rekodnya yang baik termasuk mempunyai dananya sendiri dan prestasi anak syarikatnya iaitu Dahan Petroleum Ltd, Zubara Petroleum Ltd dan Masirah Oil Ltd, yang masing-masing memiliki konsesi cari gali di Ras Al Khaimah dan Sharjah, UAE; serta 50 blok persisiran pantai Oman.\r“Bahkan kami menjangkakan Lime Petroleum akan memperoleh satu lagi konsesi cari gali tambahan menjelang akhir tahun ini sekali gus menjadikan asetnya kepada empat konsesi,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.\r\n\n\n\n\rMengulas lanjut pelan masa depan syarikat, Pengerusinya, Zainul Rahim Mohd Zain berkata, syarikat akan terus melaksanakan lebih banyak penilaian terhadap syarikat yang berpotensi untuk dilaburkan dan pasaran yang ingin diteroka bagi mengembangkan syarikat dan memberikan lebih nilai kepada pemegang sahamnya.\rKatanya, Hibiscus Petroleum sudah menilai 14 syarikat dan hanya tiga daripadanya diletakkan dalam pertimbangan sebelum memutuskan untuk mengambilalih Lime Petroleum.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:51 AM GMT+8 , Processed in 0.170680 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list