|
Syarikat dijangka suntik RM700j bina kilang CKD menjelang 2016SELEPAS hampir lima tahun meneroka pasaran Indonesia dan model kereta nasional semakin mendapat sambutan pengguna di republik itu, PROTON Holdings Bhd (PROTON) mengorak selangkah lagi apabila bercadang membina kilang pemasangan tempatan (CKD) di negara itu menjelang 2016.\rSumber berkata, rancangan pembinaan kilang itu adalah satu daripada strategi jangka panjang pengeluar kereta nasional itu di Indonesia susulan jualan kenderaan keluaran PROTON di negara itu yang semakin meningkat.\r\n\n\n\n\r Bagi tujuan itu, beliau berkata, pengeluar kereta nasional itu menerusi anak syarikat milik penuhnya di Indonesia, PT Proton Edar Indonesia (PT PEI) bersedia menyuntik pelaburan yang berkemungkinan dianggarkan mencecah RM700 juta bagi merealisasikan rancangan pembinaan kilang CKD di negara itu. \r \r\n\n\n\n\n “Sejak PROTON memasuki pasaran Indonesia pada 2007, syarikat mencatatkan prestasi jualan yang amat memberangsangkan setiap tahun dan ini (jualan) jelas menunjukkan model PROTON di Indonesia amat kompetitif dan berdaya saing dengan model keluaran syarikat automotif lain.\r“Justeru, bersandarkan kepada faktor itu, syarikat menyusun strategi baru bagi meningkatkan lagi penguasaan pasaran di negara itu dengan membina kilang CKD PROTON menjelang 2016 dan ia akan dilaksanakan sekiranya syarikat berupaya mencapai jumlah jualan sehingga 10,000 unit setahun,” katanya kepada Berita Harian baru-baru ini.\rSumber itu turut berkata, buat permulaan, kilang CKD Proton di Indonesia itu apabila siap kelak mampu mengeluarkan sehingga 10,000 unit setahun.\rSejak April lalu, PROTON mencatatkan jualan sebanyak 2,500 unit di Indonesia berbanding sekitar 2,200 unit (2010), 2,155 unit (2009) dan 1,059 unit (2008).\r\n\n\n\n\r“Bersandarkan kepada peningkatan jualan tahunan kenderaan PROTON di Indonesia itu, adalah sesuatu yang tidak mustahil jika sasaran jualan 10,000 unit menjelang 2016 dapat dicapai di negara yang memiliki bilangan penduduk lebih daripada 200 juta itu,” kata sumber itu. \rPenganalisis automotif ketika dihubungi berkata, rancangan pembinaan kilang CKD itu dilihat tidak ada masalah dan mampu direalisasikan jika dirancang dengan betul berikutan ia mampu memberikan penjimatan dari segi kos.\r“Selain memberi penjimatan kos pengeksportan, khususnya dari segi logistik, PROTON juga akan beroleh manfaat daripada kadar insentif percukaian automotif menarik bagi program CKD yang ditawarkan Indonesia kepada beberapa syarikat automotif dari Jepun ketika ini,” katanya.\rBeliau berkata, berikutan Indonesia kini dilihat mampu muncul sebagai pasaran pertumbuhan automotif utama selepas China dan India, ramai pengeluar kereta global, termasuk PROTON kini mula merangka strategi pengembangan di negara itu bagi mengukuhkan kehadiran masing-masing.\rBuat masa ini, PROTON mengeksport model ke Indonesia dalam bentuk siap pasang (CBU) tanpa duti import susulan mendapat manfaat percukaian di bawah pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas Asean (Afta).\rAntara model yang dieksport ke Indonesia adalah Savvy, Gen.2, Persona, Waja, Neo, Saga, Exora, Persona Elegance dan Neo CPS.\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|