|
SELAMA ini dia adalah antara pelakon yang agak sukar untuk diajak berbicara soal hati dan perasaan. Apa saja cerita peribadi terutama yang berkaitan dengan kisah cinta, jejaka berkulit hitam manis ini lebih selesa memberi jawapan berkias. Walaupun sampai satu peringkat ramai yang merungut dengan sikapnya \ryang dikatakan gemar berahsia itu, namun prinsipnya itu tetap dipertahankan.\rNamun, petang kelmarin, segala-galanya berubah. Entah kuasa apa yang meresap dalam diri pelakon Remy Ishak ini, dia tiba-tiba sedikit terbuka apabila ditanyakan mengenai kisah hubungannya dengan pelakon Tiz Zaqyah Razak.\r\rLenyap semua spekulasi dan teka-teki yang selama ini bermain-main dalam minda. Segala persoalan mengenai apakah benar antara Remy dengan Tiz ada ikatan yang menyatukan mereka, akhirnya terjawab apabila pelakon itu secara jujur menyatakan mereka memang sedang bercinta.\r\n\n\n\n\n\r\"Ya, saya memang sedang berpacaran dengan Tiz. Bukan niat saya untuk menyorokkan perkara ini. Selama ini saya memang tidak mahu bercerita secara terbuka mengenai hal ini kerana tidak mahu menguar-uarkan perkara yang kita tidak tahu kesudahannya. Bagi mereka yang tahu mengenai hubungan kami, tahulah.\r\"Lagi pun, perkara ini terlalu awal untuk kongsi dengan semua orang. Saya tak mahu disebabkan terlalu terbuka bercerita soal percintaan, jika perkara itu tidak berakhir, ia akan memalukan banyak pihak,\" luah Remy ketika ditemui di lokasi penggambaran babak terakhir filem 29 Februari arahan Edry Abdul Halim di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.\rMenurut Remy, memandangkan benih cinta yang dibaja itu masih belum mekar sepenuhnya, jadi dia tidak berani menjanjikan apa-apa yang membabitkan mengenai masa hadapan mereka berdua.\r\"Antara kami berdua sebenarnya masih dalam peringkat mengenali dan mendasari hati masing-masing. Kalau jadi, kami tidak akan merahsiakan perkara ini dan akan mengumumkannya apabila tiba masanya kelak,\" janjinya.\rMenjawab gosip aksi mesra mereka apabila dilihat makan bersuap di lokasi penggambaran, sambil tergelak, Remy menyifatkan perkara itu ialah pemandangan biasa untuk pasangan yang bercinta.\r\"Sejujurnya, saya ini romantis orangnya. Biasalah, kalau dah public figure pastinya perkara seperti itu akan menjadi perhatian,\" jelasnya yang bakal kembali bergandingan dengan buah hatinya itu menerusi drama terbaru arahan Kabir Bhatia berjudul Cinta Jangan Pergi.\rHubungan intim membabitkan pasangan ini mula diperkatakan selepas kedua-duanya terbabit dalam drama bersiri Nur Kasih. Dihambat dengan pelbagai gosip panas antaranya didakwa tinggal serumah, namun mereka menafikan perkara itu.\rTidak gemar dipertandingkan\rTIDAK dinafikan, Remy ialah antara pelakon pelapis lelaki yang hebat ketika ini. Lakonannya yang meruntun jiwa menerusi drama Nur Kasih suatu ketika dulu masih melekat dalam jiwa penggemarnya sehingga kini. Justeru tidak hairanlah andai dia terus menjadi rebutan penerbit atau pengarah yang mahukan wajahnya \rmenghiasi filem mereka.\rDisebabkan hasil kerjanya yang tidak pernah mengecewakan itu, dia dikatakan antara calon kegemaran yang bakal menerima anugerah pada malam kemuncak Anugerah Skrin 2011 yang bakal berlangsung minggu depan. Bagaimanapun, ketika diajukan pertanyaan ini kepada si empunya diri, tanpa berselindung Remy \rmenegaskan dia tidak selesa apabila terpaksa bertanding dalam mana-mana anugerah.\r\"Apabila saya mengatakan yang saya tidak gemar dipertandingkan dalam mana-mana majlis anugerah, bukanlah bermakna saya berlagak ataupun takut pada kekalahan. Sebaliknya, saya tidak suka pada tekanan yang terpaksa dihadapi. Jika saya menang, pastinya harapan terhadap saya akan menjadi lebih tinggi. Jika tewas, lagilah ia memberi tekanan kepada saya.\r\"Saya sebenarnya lebih suka jika hasil kerja saya itu mendapat maklum balas dan komen secara langsung tanpa mengira kritikan atau pujian. Ia sudah memadai bagi saya,\" katanya yang dicalonkan menerusi filem Nur Kasih, Cun! dan juga telefilem Air Mata Nursalina serta Masihkah Ada Sinar.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|