CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 152|Reply: 0

Satelit 'mati' diramal jatuh di China

[Copy link]
Post time 24-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Serpihan ROSAT     memasuki bumi pada kelajuan   450 kilometer sejam\rBERLIN: Sebuah satelit yang tidak lagi berfungsi dilaporkan memasuki atmosfera awal pagi semalam dan serpihannya dijangka jatuh ke bumi, lapor Pusat Aerospace Jerman.\r\n\n\n\n\rJurucakap agensi berkenaan, Andreas Schuetz berkata tiada sebarang bukti jelas untuk menentukan di negara atau benua mana satelit penyelidikan saintifik ROSAT itu akan jatuh.\r\r\n\n\n\n\n   Kebanyakan bahagian satelit bersaiz  van mini itu dijangka  terbakar ketika menghampiri bumi tetapi lebih 30 serpihan seberat 1.7 tan   boleh terhempas apabila menuju ke bumi pada kelajuan lebih 450 kilometer sejam.\r“Saintis tidak lagi dapat berkomunikasi dengan satelit yang sudah ‘mati’ itu dan ia perlu mengembara kira-kira 20,000 kilometer dalam tempoh 30 minit terakhir sebelum memasuki atmosfera,” kata Schuetz.\r“Pakar menanti perkembangan lanjut untuk ‘pemantauan dari seluruh dunia,” katanya.\rSaintis berkata beberapa jam sebelum memasuki semula ruang atmosfera  satelit terbabit dijangka tidak  jatuh di Eropah, Afrika atau Australia. Sebaliknya berdasarkan laluan perkiraan awal, ia mungkin terhempas di sekitar Asia, kemungkinan China ketika memasuki semula ruang atmosfera.\r\n\n\n\n\rBagaimanapun Schuetz berkata beliau tidak dapat mengesahkan sama ada satelit terbabit sebenarnya memasuki kawasan yang dinyatakan.\rSatelit saintifik ROSAT seberat 2.4 tan   itu dilancarkan pada 1990 dan tidak lagi beroperasi pada 1999 selepas digunakan untuk   penyelidikan lubang hitam dan bintang neutron selain melakukan kajian sumber X-ray pertama di langit menggunakan   imej teleskop.\rRangka tunggal terbesar ROSAT yang boleh berlanggar dengan bumi adalah cermin tahan panas teleskopnya.\rAgensi berkenaan menyatakan, ketika misinya, satelit itu berada pada  kedudukan orbit kira-kira 600 kilometer di atas permukaan bumi tetapi sejak tidak lagi digunakan ia kehilangan altitud,  berlegar pada kelajuan hanya 330 kilometer di atas bumi pada Jun.\rMalah, ketika hari-hari terakhirnya, satelit itu masih lagi berlegar setiap 90 minit mengelilingi planet, menjadikan sukar untuk diramalkan di mana sebenarnya ia akan mendarat di bumi.\rSebuah satelit mati NASA dilaporkan jatuh ke selatan Lautan Pasifik bulan lalu, tidak menyebabkan sebarang kemusnahan walaupun dibimbangi akan terkena penduduk di kawasan terbabit dan menyebabkan kecederaan atau kematian manusia.\rPakar percaya bahawa kira-kira  24 kepingan serpihan besi dari satelit bersaiz bas itu akan jatuh kira-kira 800 kilometer jauh dari kawasan yang diduduki di dunia.\rSatelit penyelidikan iklim NASA memasuki atmosfera Bumi secara umumnya di Samoa Amerika, bagaimanapun, serpihannya yang jatuh, tidak mengenai air kira-kira 480 kilometer ke timur laut, Pulau Krismas. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.123040 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list