|
KARYAWAN giat susun agenda bantu mereka yang memerlukan\rPERSATUAN Karyawan Malaysia (KARYAWAN) menolak persepsi segelintir pihak yang beranggapan hanya artis veteran mendapat kelebihan apabila menyertai persatuan itu, sedangkan hakikatnya ia adalah untuk semua anak seni.\r\n\n\n\n\rPresidennya, Datuk Freddie Fernandez, berkata pihaknya mahu mengubah tanggapan salah yang mengatakan KARYAWAN cuma mementingkan seniwati dan seniman veteran sedangkan tiada pilih kasih mahu pun berat sebelah dalam persatuan berkenaan.\r\r\n\n\n\n\n“KARYAWAN terbuka untuk sesiapa saja selagi mana mereka berkecimpung dalam industri seni. Mungkin selama ini orang luar mengetahui mengenai pemberian skim pencen selain aktiviti mengumpulkan dana membantu artis yang memerlukan.\r“Sebenarnya banyak lagi program dijalankan untuk golongan KARYAWAN muda kerana kebajikan hanya satu daripada cabang biro, malah kita punya biro artis muda yang sebelum ini diterajui Dayang Nurfaizah dan kini diketuai Atilia.\r“Barisan anak muda ini tetap menggerakkan program seperti dirancang, cuma mungkin kurang dihebahkan menerusi media. Bahkan setiap biro saling bekerja sama melicinkan agenda,” katanya ketika ditemui pada Malam Gala Seribu Bintang, di Bukit Kiara, kelmarin.\rMajlis makan malam di Pusat Konvensyen Sime Darby (SDCC) yang diadakan dengan kerjasama Persatuan Bencana Alam Negeri Kedah (Pbank) itu juga antara usaha mengumpul dana membantu mengisi Tabung Penggiat Seni KARYAWAN.\r\n\n\n\n\rMalah sebahagian kutipan juga turut disalurkan kepada mangsa bencana yang berlaku di Kedah, membabitkan daerah Padang Terap, Baling, Kuala Muda, Kota Setar dan Pendang. \rIdea yang dicetuskan Naib Yang Dipertua 1 Pbank, Toh Puan Bendahara Kedah, Toh Puan Noor Suzanna Abdullah itu mendapat sambutan memberangsangkan apabila hampir 30 meja bernilai antara RM3,000 hingga RM50,000 habis dijual.\rAntara matlamat asalnya adalah untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukan, terutama yang sakit dan uzur, apatah lagi skim pencen yang diberikan selama enam tahun terpaksa diberhentikan disebabkan akibat kekurangan dana.\r“Memang kita dahulukan yang sakit dan buat masa ini yang kita maklum uzur ialah Datuk Yahya Sulong, Karim Latif dan Latifah Omar. Kita bertuah kerana kerajaan turut mementingkan kebajikan artis dengan menubuhkan Tahun Kebajikan Penggiat Seni, namun ia hanya boleh disalurkan sekali untuk setiap pemohon.\r“Bagi yang memerlukan rawatan susulan, sebagai contohnya Yahya Sulong, dia memerlukan sekurang-kurangnya RM600 sebulan untuk ubat-ubatan. Sekurang-kurangnya, bantuan ini meringankan beban keluarganya.\r“Tidak kira sesiapa pun tahap usianya, KARYAWAN akan tetap membantu ahli yang memerlukan. Selain majlis malam malam ini, kita turut menganjurkan boling amal minggu lalu disusuli golf amal dalam tempoh terdekat bagi menambahkan dana,” katanya lagi.\rArtis muda beri sokongan\rMENGENAI skim pencen yang terpaksa diberhentikan, akui Freddie, sebelum ini ada pihak yang menyalurkan dana secara kontrak selama setahun hingga dua tahun yang membolehkan persatuan itu menyalurkan pencen berjumlah RM1 juta sepanjang tempoh enam tahun.\rNamun disebabkan keadaan ekonomi tidak menentu, pihak berkaitan tidak lagi meneruskan sumbangan mereka, namun KARYAWAN tidak berpeluk tubuh sebaliknya melaksanakan beberapa program untuk mendapatkan sumber kewangan.\r“Kita cukup berterima kasih kepada pihak yang menyokong usaha pemberian pencen banyak kepada veteran namun memahami dalam situasi ekonomi semasa banyak perkara perlu diambil kira.\r“Selagi termampu KARYAWAN akan berusaha melaksanakan apa juga aktiviti yang membawa manfaat kepada seluruh ahli dan ia tidak mungkin dapat direalisasikan dengan sokongan semua termasuk anggota persatuan ini serta insan sekeliling,” ulasnya.\rAntara artis menjayakan acara malam itu ialah Natasha Hudson, Neelofa, Nur Fathia, Dynas Mokhtar, Julia Ziegler, selain beberapa model yang menyumbangkan khidmat memperagakan busana eksklusif rekaan Albert King dan Mouawad.\rMajlis terus diserikan dendangan malar segar Aishah, Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu dan Janji Manis Mu yang menggamit nostalgia lalu disusuli persembahan Ibnor Riza dan Datuk Julie Sudiro, malah Freddie yang juga bekas anggota Revolvers turut membuat kemunculan khas.\rBagi pelakon muda, Fathia, usaha KARYAWAN itu wajar disokong semua penggiat industri memandangkan matlamatnya adalah untuk menjaga kebajikan semua anggota dan secara tidak langsung merapatkan hubungan antara satu sama lain.\r\"Dalam kesibukan mencari rezeki, kita jangan lupa di luar sana masih ada yang memerlukan bantuan. Kita tidak tahu, mungkin sampai satu masa, kita pula memerlukan sokongan insan lain. Tanpa berbelah bagi saya terpanggil untuk menyumbangkan khidmat saya pada majlis ini,\" katanya yang berpeluang memperagakan barang kemas bernilai RM1.2 juta.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|