|
Abdul Hadi Yahaya (kiri) dan Safiq Rahim
Hadi tekad tamat kemarau jaringan, Safiq azam bangkit
PENYERANG Terengganu, Abdul Hadi Yahaya dan perancang Selangor, Safiq Rahim pernah mewakili pasukan sama dan membesar bersama mengukir nama dalam bola sepak. Tapi, malam ini sifat kawan akan diketepikan ketika digamit misi besar untuk kedua-dua pemain tonggak berkenaan - membantu pasukan masing-masing layak ke final Piala Malaysia pada 29 Oktober ini.“Ya...kami berdua berasal dari Selangor, tapi saya perlu bersikap profesional. Di luar padang kami masih sahabat, tapi dalam padang kami tetap musuh,” tegas Hadi yang akan bergandingan dengan Abdul Manaf Mamat memastikan kemenangan memihak mereka dalam saingan separuh akhir kedua, malam ini.Safiq, 24, juga senada ketika mahu memastikan Selangor akan mara dan Hadi disekat daripada membocori gawang mereka.
“Saya dan beberapa rakan sepasukan akan menggunakan pengalaman berdepan Indonesia di Gelora Bung Karno ketika Piala Suzuki AFF 2010. Kami berdepan tekanan besar ketika itu dan saya percaya tekanan sama dapat di atasi berdepan Terengganu di gelanggang lawan esok (malam ini),” kata bekas kapten Harimau Malaya itu. |
|