CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 128|Reply: 0

Ekonomi capai 5.6 peratus

[Copy link]
Post time 21-10-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Eksport komoditi, perkilangan sokong pertumbuhan separuh keduaKERAJAAN yakin ekonomi Malaysia mampu berkembang sekitar 5.6 peratus dalam separuh kedua ini, sekali gus membolehkan negara mencapai sasaran pertumbuhan lima peratus untuk seluruh 2011.Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata ia akan didorong perbelanjaan dan pelaburan swasta yang masih kukuh serta pelaksanaan lebih cepat projek awam.\n\n\n\n“Eksport kukuh komoditi dan barangan perkilangan berasaskan sumber juga akan menjadi penyokong kepada pertumbuhan dalam separuh kedua ini,” katanya dalam ucaptama pada Perbincangan Sukuan Panel Ekonomi anjuran Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah-Malaysia (EUMCCI) di Kuala Lumpur, semalam.\n\n\n\n\nBank Negara Malaysia dijangka mengumumkan prestasi ekonomi negara bagi tempoh suku suku ketiga pada 16 November ini.Ekonomi negara berkembang 4.4 peratus pada separuh pertama tahun ini, di tengah-tengah faktor persekitaran luar yang lemah.Bagi mencapai sasaran pertumbuhan tahun ini, kerajaan memberi tumpuan kepada usaha merangsang permintaan domestik bagi melindungi ekonomi daripada terlalu bergantung kepada eksport, termasuk beberapa inisiatif yang digariskan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).Ahmad Husni menegaskan, Malaysia secara umumnya mencatatkan pemulihan baik daripada krisis kewangan global antara 2008 hingga 2009 yang mana momentum pertumbuhan ekonomi negara sejak tempoh krisis itu adalah mapan.\n\n\n\nBeliau berkata, dalam tempoh lima hingga 10 tahun lalu, kerajaan secara aktif meningkatkan usaha untuk mempelbagaikan corak perdagangan negara.“Langkah itu berkesan mengimbangi penurunan jualan barangan negara di peringkat antarabangsa. Contohnya, sejak pengenalan perjanjian Kawasan Dagangan Bebas ASEAN (AFTA), jumlah dagangan Malaysia dengan rantau ASEAN meningkat ketara,” katanya.Bagi tempoh 2005 hingga 2010, katanya, purata dagangan Malaysia dengan negara ASEAN bernilai AS$82 bilion (RM246 bilion), namun ia meningkat kepada AS$100 bilion (RM305 bilion) dalam tahun pertama AFTA berkuat kuasa.Malaysia juga, katanya turut mempunyai perjanjian dagangan dua hala dengan India, China dan beberapa negara membangun lain di seluruh dunia yang menyediakan sokongan teguh ke atas pertumbuhan ekonomi negara.“Pasaran baru berkenaan menyediakan daya tahan kepada sektor eksport negara. Pada masa sama, kerajaan akan terus menyediakan ekosistem kepada sektor swasta untuk menjadi tunjang utama ekonomi negara,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.125604 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list