View: 203|Reply: 0
|
Tentera Libya perluas jajahan
[Copy link]
|
|
TRIPOLI: Pasukan tentera kerajaan baru Libya berjaya menawan hampir keseluruhan Bani Walid, antara kubu kuat bekas pemimpin negara itu, Muammar Gaddafi, tetapi masih mendapat tentangan ketika cuba menamatkan ketegangan yang sudah berlanjutan selama berminggu-minggu, kata pegawai.\rTentangan hebat di Bani Walid dan kampung halaman Gaddafi, Sirte, menghalang pemimpin baru Libya daripada mengisytiharkan kemenangan dan menetapkan tarikh mengadakan pilihan raya, lebih dua bulan berlalu sejak bekas pemberontak berjaya mengawal keseluruhan negara Afrika Utara yang kaya minyak itu.\r\n\n\n\n\rDalam langkah mengembalikan keadaan seperti biasa, kepemimpinan Majlis Peralihan Nasional (NTC) kelmarin mengesahkan ia menandatangani perjanjian dengan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang secara menarik balik zon larangan terbang yang dikenakan Mac lalu ke atas negara itu, membolehkan penyambungan penerbangan tanpa memerlukan kelulusan NATO. \r\r\n\n\n\n\nSekatan sebagai sebahagian resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang membenarkan serangan udara dilancarkan bagi melindungi penduduk awam daripada rejim Gaddafi.\rMenteri Pengangkutan dan Komunikasi, Anwar Elfeitori, berkata perjanjian ditandatangani Khamis lalu di Malta akan memudahkan usaha memindahkan anggota yang cedera untuk dapatkan rawatan.\rPenarikan sekatan udara itu membantu memindahkan mangsa cedera, yang menjadi keutamaan masa ini selain memudahkan pergerakan orang ramai antara Libya dan dunia lain, kata Elfeitori dalam satu temu bual. - AP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|