|
Hamas adakan majlis keraian, tunjuk semangat perpaduan kumpulan pejuang terbabitBANDAR RAYA GAZA: Berpuluh ribu penduduk Palestin mengibarkan bendera sambil bersorak kegembiraan, ketika menyambut kepulangan beratus-ratus warganya yang dibebaskan dari penjara Israel selepas perjanjian pertukaran antara tahanan dengan seorang askar Israel, Gilad Schalit.\rDi Gaza, pergerakan Hamas mengadakan satu majlis khas bagi meraikan kepulangan tahanan berkenaan, sekali gus untuk menunjukkan kekuatan dan semangat perpaduan kumpulan pejuang itu yang berjaya menguasai Gaza daripada Presiden Mahmoud Abbas, lebih empat tahun lalu.\r\n\n\n\n\rPersetujuan Israel yang terpaksa tunduk dengan syarat Hamas dan selain tekanan berterusan rakyatnya sendiri, disifatkan satu kemenangan besar kepada perjuangan kumpulan itu.\r\r\n\n\n\n\nBerpuluh ribu orang bersesak di sebuah kawasan lapang di mana sebuah pentas besar dibina dan dihiasi dengan gambar Schalit, yang ditangkap pada Jun 2006 di sebuah pangkalan tentera di sempadan Gaza.\rMajoriti 477 tahanan dibebaskan sebagai pertukaran dengan Schalit semalam, adalah mereka yang menjalani hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh rakyat Israel.\rPembebasan mereka dianggap mengingkari pendirian negara Yahudi itu sejak sekian lama untuk tidak membebaskan mereka yang pernah membunuh rakyat Israel.\rSchalit ditahan lebih lima tahun lalu oleh pejuang Hamas manakala Mesir menjadi orang tengah dalam rundingan pembebasan dan pertukaran dengan tahanan Palestin.\r\n\n\n\n\rLebih 300 tahanan tiba di Gaza, manakala selebihnya pulang ke Tebing Barat. Perhimpunan dan sambutan besar-besaran diadakan di kedua-dua wilayah Palestin.\rSalah seorang pemimpin Hamas yang dibebaskan, Yehiye Sinwar, menggesa kumpulan pejuang itu menculik lebih ramai askar Israel bagi membebaskan lebih ramai lagi tahanan Palestin. Kira-kira 6,000 rakyat Palestin masih dirahan di penjara Israel.\rKita perlu meneruskan usaha untuk membebaskan saudara-mara kita. Kita menggesa Briged al-Qassam (sayap tentera Hamas), agar menculik lebih ramai askar Israel dan ditukarkan dengan pembebasan mereka, katanya.\rSementara itu Schalit yang dibebaskan semalam dipindahkan ke Mesir untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum berlepas pulang ke negaranya.\rDalam sidang akhbar yang diadakan Schalit berkata dia berasa amat gembira selepas dibebaskan dan merindui rakan serta kelaurganya.\rSebenarnya saya takut saya akan terus ditahan untuk beberapa tahun lagi kerana mendapat tahu beberapa syarat yang tidak dipersetujui pada saat akhir mungkin menyebabkan perjanjian itu dibatalkan, katanya. - AP/AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|