View: 137|Reply: 0
|
Bisnes Dunia: Bah jejas pengeluaran kereta seluruh Asia
[Copy link]
|
|
Syarikat henti operasi di Thailand rugi berbilion baht\rPENGELUARAN kereta dan produk elektronik seluruh Asia Tenggara dan India terjejas oleh banjir yang meliputi satu pertiga daripada Thailand dan memaksa penutupan kilang membekal komponen penting di negara berkenaan untuk rantau ini.\r\n\n\n\n\rHonda Motor Co dan Canon Inc menghentikan operasi di Thailand sementara yang mempunyai hab pengeluaran di negara itu termasuk kilang Nikon Corp, Toyota Motor Corp, Pioneer Corp dan Sony Corp mengalami kerosakan.\r\r\n\n\n\n\nPresiden Institut Elektrik dan Elektronik Thailand, Somboon Hortrakul, berkata masih awal untuk menjangkakan kerosakan sebenar terutama kawasan banjir kini semakin meluas dan Bangkok juga dalam keadaan terancam.\r“Sukar berhubung dengan setiap pengeluar. Banyak kilang dan mesin ditenggelami air,” katanya. \rDataran utara, timur laut dan tengah telah terjejas teruk. \rHonda Motor menutup kilangnya di Ayutthaya, menutup 4.7 peratus daripada pengeluaran globalnya yang menjejaskan rantaian pembekalan berikutan gempa bumi dan tsunami di Jepun.\r\n\n\n\n\r“Kami yang pertama menutup kilang kerana rakan dagang yang mengeluarkan komponen di Saharat Nakorn Estate dilanda banjir,” kata jurucakap unitnya di Thailand.\rPenganalisis Kanan Pasaran Unit Asia di firma penyelidik industri berpangkalan di California, JD Power and Associates, Ammar Master, berkata berlaku kesan serta-merta terhadap jualan dan pengeluaran di seluruh Asia dan bukan saja di Thailand.\r“Kesannya bukan saja di Thailand tetapi juga terhadap pengeluaran di pasaran lain seperti Indonesia, Malaysia, Filipina dan India dengan Honda membekalkan komponen di luar Thailand.\r“Kesan kemusnahan terlalu awal untuk dinilai kerana ia bergantung kepada jenis inventori operasi lain ada,” tambahnya.\rPengarah Thailand bagi syarikat penyelidikan yang berpangkalan di Colorado, IHS Automotive, Hajime Yamamoto, berkata jumlah kerugian jualan bagi pembekal komponen auto kira-kira 3 bilion baht (AS$97.2 juta) bagi minggu ini saja dan selain itu terdapat kerosakan terhadap aset dan kilang.\r“Jumlah kerosakan boleh mencecah berbilion baht,” katanya.\rPengeluaran kenderaan dijangka merosot, kebiasaannya kira-kira 170,000 unit sebulan. Menjelang akhir bulan ini, paras terkumpul melebihi 50,000 unit dan mungkin mencecah 80,000. \rSeperti Toyota, Isuzu dan Mitsubishi menghentikan pengeluaran sehingga 14 Oktober.\rAutoAlliance Thailand yang membuat kenderaan untuk Mazda dan Ford kini beroperasi syif separuh, manakala Honda perlu beberapa bulan untuk kembali kepada pengeluaran normal. \rKebanyakan pembekal komponen terletak di Rojana Industrial Park, 70 kilometer dari Bangkok. Taman industri dan prasarana lain pula ditenggelami air apabila tambak runtuh minggu lalu.\rNikon Corp berkata, ia menutup kawasan pengeluaran kamera berikutan banjir pada 6 Oktober.\rPada Khamis, banjir mencecah sempadan di Hi-Tech Industrial Estate, satu daripada dua kawasan perindustrian di Ayutthaya yang ditutup sehari lebih awal sebagai langkah keselamatan.\rDi kawasan berhampiran Phatum Thani juga terjejas teruk dan lebih 270 kilang di Nava Nakorn Industrial Zone masil beroperasi secara normal. Kira-kira 50-60 peratus adalah pengeluar elektronik. – REUTERS
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|