View: 226|Reply: 0
|
Pekedai runcit dilantik ejen BSN
[Copy link]
|
|
Bank permudah transaksi untuk pengguna di kawasan luar bandar\rBANK Simpanan Nasional (BSN) akan melantik ejennya di kalangan pekedai runcit untuk melakukan urus niaga perbankan dalam usaha memberi khidmat di kawasan luar bandar.\r\n\n\n\n\rNaib Presiden Kanannya, Azaddin Ngah Tasir, berkata model itu yang dilaksanakan tahun depan selaras ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Bajet 2012 untuk menggalakkan syarikat berkaitan kerajaan meluaskan perkhidmatan di luar bandar.\r\r\n\n\n\n\nBSN melantik ejen di kedai runcit yang boleh melakukan transaksi seperti pengeluaran dan simpanan wang, bayaran bil dan pembelian sijil simpanan premium.\rPelanggan BSN juga boleh menggunakan kad ATM untuk membeli barang di kedai runcit dengan debit daripada akaun masing-masing.\r“Ini komitmen kami kepada masyarakat untuk menyediakan akses perbankan tanpa mengira di mana mereka berada,” katanya selepas perasmian BSN cawangan Beluran yang disempurnakan Anggota Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee di Beluran, kelmarin.\rAzaddin yang juga Ketua Perbankan Cawangan BSN berkata, ejen akan diberi latihan dan di Sabah, pihaknya mengenal pasti 130 ejen.\r\n\n\n\n\rBeliau berkata, model itu selari peranan BSN yang perlu beroperasi sebagai bank simpanan dan pada masa sama memenuhi mandat sosial yang diberikan kerajaan.\rKatanya, fokus BSN untuk memberi kemudahan perbankan asas kepada segenap lapisan komuniti di negara ini.\r“Dengan itu, BSN menawarkan perkhidmatannya di seluruh pelosok negeri di negara ini termasuk di kawasan-kawasan pedalaman,” kata Azaddin. - BERNAMA
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|