|
Protes sifat tamak, potong belanjawan \rMADRID: Penunjuk perasaan akan berhimpun di jalanan di seluruh dunia, dicetuskan oleh pergerakan ‘Occupy Wall Street’ dan ‘Indignants’, untuk menyuarakan kemarahan terhadap dakwaan sifat tamak dalam korporat dan pemotongan belanjawan oleh kerajaan.\r\n\n\n\n\r Penganjur yang bergantung penuh kepada Facebook dan Twitter berkata demonstrasi akan diadakan di 951 bandar raya di 82 negara Eropah, Amerika Utara, Amerika Latin, Asia dan Afrika.\r\r\n\n\n\n\n Ia menunjukkan kuasa global pertama melalui pergerakan yang diwujudkan pada 15 Mei apabila satu perhimpunan di tengah Madrid, Puerta del Sol mencetuskan bantahan yang merebak ke seluruh negara, diikuti dengan negara lain.\rKetika kerajaan melakukan pemotongan besar terhadap belanjawan kebajikan menangani beban hutang mereka, bantahan semakin bertambah dan demonstrasi hujung minggu ini dianjurkan di Madrid, New York, London dan seluruh dunia.\r“Kuasa pemerintah hanya berusaha untuk kepentingan sebilangan kecil, mengabaikan kehendak majoriti dan nilai alam sekitar serta kemanusiaan yang perlu kita bayar. Keadaan ini perlu berakhir,” kata penganjur dalam satu kenyataan disiarkan melalui halaman web mereka.\rBantahan pada mulanya dibuat di Sepanyol yang mempunyai kadar pengangguran 20.89 peratus meningkat kepada 46.1 peratus. Aktivis membina kem di dataran bandaraya termasuk Puerta del Sol, di tengah Madrid.\r\n\n\n\n\rBantahan kemudian merebak ke Eropah, mencari sokongan kuat dalam krisis yang melanda negara seperti Greece dan kemudian di seluruh dunia, bulan lalu tiba ke pusat kapitalis global di Wall Street.\rDi Madrid, bantahan Sabtu akan berakhir di Puerta del Sol, masih menjadi tumpuan bantahan aman walaupun kem bantahan dibubarkan pada Jun.\rLima perhimpunan akan berlangsung di dataran Cibeles bandaraya itu pada jam 6 petang sebelum ke Puerta del Sol untuk perhimpunan terakhir pada waktu malam.\rDi Itali, sebanyak 70 bas akan membawa penunjuk perasaan dari seluruh negara ke satu demonstrasi di Rome yang akan berlangsung pada jam 12 tengahari dan dijangka menarik sejumlah 200,000 orang. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|