CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 134|Reply: 0

Menteri dirakam buang surat

[Copy link]
Post time 15-10-2011 10:05 AM | Show all posts |Read mode
LONDON: Seorang menteri Britain mendapat malu semalam selepas beliau dirakam membuang dokumen rasmi ke  dalam tong sampah taman di tengah bandar ini.\rMenteri Dasar Kerajaan, Oliver Letwin, membuang kertas yang dikoyak berkaitan teknik kontroversial menyoal siasat suspek pengganas di St James Park, tidak jauh dari pejabat Perdana Menteri, David Cameron di Downing Street, lapor akhbar Daily Mirror.\r\n\n\n\n\r   Akhbar itu menyiarkan gambar menteri terbabit bercakap menerusi telefon bimbitnya sambil membuang dokumen itu, satu daripadanya dilaporkan menerangkan bagaimana ketua perisikan ‘gagal mendapatkan kebenaran’ berhubung pembabitan Britain dalam soal siasat itu.\r\r\n\n\n\n\n   Dokumen lain didakwa mengandungi butir-butir peribadi penduduk termasuk alamat rumah dan nombor telefon. Seorang jurucakap pembuat dasar Konservatif itu menafikan Letwin melanggar peraturan keselamatan.\r“Oliver Letwin melakukan beberapa tugas parlimen dan perlembagaan di taman sebelum pergi bekerja dan kadang kala membuang salinan dokumen di sana,” kata jurucakap terbabit.– AFP\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.041341 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list