|
Protes didakwa langgar undang-undang\rSINGAPURA: Polis Singapura memberi amaran kepada mereka yang merancang untuk menghadiri demonstrasi ala- ‘Occupy Wall Street’ di pusat kewangan negara itu hujung minggu ini bahawa pihak berkuasa menganggap tindakan itu menyalahi undang-undang.\r\n\n\n\n\r Oleh itu, pihak berkuasa menggesa orang awam tidak menyertai bantahan di Raffles Place. Penganjur bantahan itu berkata, satu perarakan akan dilakukan ke bangunan bursa saham Singapura.\r\r\n\n\n\n\n Kerajaan Singapura mengenakan sekatan terhadap bantahan umum. Oleh itu, penganjur perlu memohon kepada pihak polis bagi mendapatkan permit yang kebiasaannya akan ditolak kerana pihak berkuasa melihatnya sebagai berisiko terhadap ketenteraman dan keselamatan.\r“Pihak polis menerima laporan bahawa satu kumpulan mahu mengadakan bantahan umum dengan berhimpun di Raffles Place hari ini, untuk menyokong bantahan seperti di New York,” kata polis dalam satu kenyataan.\r“Polis menggesa penduduk awam supaya tidak terbabit menyertai aktiviti menyalahi undang-undang ini.” Bagaimanapun, penganjur menegaskan bahawa mereka akan meneruskan usaha itu.\r“OccupyRafflesPlace akan tetap berlangsung!” kata satu mesej dalam laman rangkaian sosial, Facebook.\r\n\n\n\n\rIa tidak jelas siapa yang menganjurkan bantahan besar-besaran itu yang meminta peserta membawa sepanduk, peralatan muzik dan alat lain untuk membuat bising seboleh mungkin.\rTetapi, penganjur juga meminta penunjuk perasaan tidak bertindak ganas atau membawa sebarang kain rentang parti politik, kesatuan sekerja, dadah atau arak.\r“Kami berada di Daerah Perniagaan Pusat Singapura untuk menuntut pertanggungjawaban dan perubahan,” kata mesej Facebook itu yang turut mengkritik firma pelaburan kerajaan, Temasek Holdings dan Singapore Investment Corp. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|