|
BUKAN Mohd Arif Abdul Latif yang akan ditentang, sebaliknya jaguh perseorangan, Lee Chong Wei akan membuat perhitungan dengan anak bekas tok gurunya, Misbun Ramdan Misbun pada separuh akhir Kejohanan Grand Prix (GP) Final Kebangsaan PROTON 2011 di Stadium Juara, Bukit Kiara petang ini.\rMisbun Ramdan, 20, yang juga anak kepada bekas jurulatih Chong Wei, Datuk Misbun Sidek melakar kejutan apabila muncul juara Kumpulan C dengan menundukkan finalis tahun lalu, Mohd Arif Abdul Latif 21-18, 10-21, 22-20 dalam tempoh 39 minit.\r\n\n\n\n\r Berbanding Misbun Ramdan yang terpaksa berhempas pulas sebelum berjaya mengesahkan kemaraan, Chong Wei, 29, yang memburu kejuaraan ke-10 dalam kejohanan ini tampak bersahaja menyingkirkan Lok Chong Chieh 21-18, 21-15 dalam tempoh 34 minit untuk muncul juara Kumpulan A.\r\r\n\n\n\n\n “Ini kali pertama saya bertemu Chong Wei dan perasaan saya gembira dan teruja kerana bakal menentang pemain nombor satu dunia. Namun, saya akan cuba memberi yang terbaik esok (hari ini) untuk melakukan kejutan,” katanya. \rDitanya sama ada dia akan mendapatkan nasihat daripada bapanya, Misbun Ramdan yang mara ke suku akhir Grand Prix (GP) Emas Terbuka Indonesia, baru-baru ini tidak menolak kemungkinan itu. \rINFO\rHARI INI\rSeparuh akhir\r(Bermula jam 6 Ptg)\rPerseorangan Lelaki\rLee Chong Wei mln Misbun Ramdan Misbun\rGoh Soon Huat mln Chong Wei Feng \rPerseorangan Wanita\rTee Jing Yi mln Julia Wong\rSonia Cheah mln Lydia Cheah\rBeregu Lelaki\rMohd Fairuzizuan Mohd Tazari-Ong Soon Hock mln Goh Wei Shem-Lim Khim Wah\rCheah Like Hou-Chow Pak Chuu mln Mohd Lutfi Zaim-Vountus Indra Mawan\rBeregu Wanita\rChow Mei Kuan-Lee Meng Yean mln Chin Eei Hui-Goh Liu Ying\rVivian Hoo-Woon Khe Wei mln Sannatasah Saniru-Tee Jing Yi\rBeregu Campuran\rChan Peng Soon-Goh Liu Ying mln Tan Aik Quan-Lai Pei Jing\rTan Wee Kiong-Woon Khe Wei mln Mak Hee Chun-Lim Yin Loo
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|