|
Pencabar ‘kelas dua’ dahului saingan LPGA MalaysiaBRITTANY Lang, Dewi Claire Schreefel, Maria Hjorth dan Na Yeon Choi muncul pendahulu bersama hari pertama saingan LPGA Malaysia Sime Darby di lapangan Kelab Golf & Country Kuala Lumpur (KLGCC) semalam selepas melakukan lima bawah par, 66.\n\n\n\n Namun kedudukan itu belum cukup selesa memastikan kejuaraan dengan kejohanan masih berbaki tiga pusingan dan kelompok 10 pemain terbaik dunia berada tidak jauh di belakang empat pendahulu itu.\n\n\n\n\n “Pukulan saya agak baik sejak beberapa bulan kebelakangan, hari ini (semalam) tidak banyak perubahan dan selepas birdie pertama di lubang ketiga, saya mengekalkan permainan kemas hingga tamat,” kata pemain 26 tahun dari Amerika Syarikat, Lang yang menyertai kejohanan ini buat kali kedua.Sementara itu, Schreefel yang menyertai Lang dengan catatan enam birdie dan satu bogey, gembira dengan persembahannya semalam dan akan cuba mengekalkan rentak sama pada pusingan kedua hari ini.“Masih ada tiga pusingan dan saya tidak akan mengubah apa-apa semata-mata kerana berada di depan atau ada orang lain di depan saya,” kata Schreefel, pemain 26 tahun dari Belanda yang mula menjadi pemain profesional sejak awal 2009. “Kunci menguasai lapangan ini ialah mencari titik terbaik di atas fairway kerana ia memudahkan anda menghantar bola ke atas green yang agak laju permukaan. Saya mungkin terlepas satu atau dua fairway hari ini (semalam), tetapi melakukan pukulan baik selepas itu.”\n\n\n\nDi belakang kelompok pendahulu itu, dua pemain, Paige Mackenzie (Amerika Syarikat) dan Azahara Munoz (Sepanyol) ketinggalan dengan satu pukulan, manakala Michelle Wie, Suzann Pettersen dan Stacy Lewis antara pencabar utama dalam kumpulan tiga bawah par, 68.KEPUTUSANPusingan pertama66 - Brittany Lang (AS), Dewi Claire Schreefel (NED), Maria Hjorth (SWE), Na Yeon Choi (KOR);67 - Azahara Munoz (ESP), Paige Mackenzie (AS)68 - Christel Boeljon (NED), Feng Shanshan (CHN), In-Kyung Kim (KOR), Michelle Wie (AS), Suzann Pettersen (NOR), Stacy Lewis (AS)69 - Amy Yang (KOR), Katie Futcher (AS), Mindy Kim (AS), Sophie Gustafson (SWE), Angela Stanford (AS), Jimin Kang (KOR), Yani Tseng (TPE)70 - Frances Bondad (AUS), Amanda Blumenherst (AS), Julieta Granada (PAR), Jiyai Shin (KOR), Sun Young Yoo (KOR), Candie Kung (TPE), Catriona Matthew (SCO)71 - Momoko Ueda (JPN), Jenny Shin (KOR), Natalie Gulbis (AS), Morgan Pressel (USA), Paula Creamer (AS)
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|