CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 252|Reply: 1

Raja Bhutan kahwin anak juruterbang

[Copy link]
Post time 14-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Tamat zaman bujang pada usia 31\rPUNAKHA (Bhutan): Raja negara kecil Himalaya, Bhutan melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis rakyat biasa semalam dalam satu majlis mengikut tradisi agama Buddha di kuil paling suci di negara itu. \r\n\n\n\n\r  Raja Jigme Khesar Namgyal Wangchuck, yang memakai mahkota hitam berkilat, turun dari takhta emas di hadapan patung Buddha untuk meletakkan mahkota kecil broked di atas kepala pengantin perempuan, Jetsun Prema.\r\r\n\n\n\n\n Gadis yang menjadi pilihan hatinya adalah anak kepada seorang  juruterbang dan sudah pun menjalani sesi perkenalan dengan penjelajahan ke kampung pedalaman di negara itu sejak raja itu mengumumkan kepada Parlimen pada Mei, “Kini, tiba masa untuk saya berkahwin,”. \rKeluarga dan rakan berkata perkahwinan itu berdasarkan cinta dan pasangan itu sudah tinggal bersama sejak lapan bulan lalu. Malah, keluarga gadis itu sudah lama dikenali di kalangan kerabat diraja. \rSami mengumumkan majlis itu sebaik Prema  mengambil tempat duduk di sebelah suaminya sebagai permaisuri baru negara itu.\rPerkahwinan  itu menjadi tumpuan negara, yang sebelum ini mencetuskan isu apabila raja yang berusia 31 tahun tiada kemahuan untuk mencari pasangan dan memulakan keluarga sendiri sejak bapanya bersara dan menyerahkan kuasa kepadanya lima tahun lalu. \r\n\n\n\n\rMajlis bermula jam 8.20 pagi, iaitu masa yang ditetapkan peramal diraja apabila raja itu memakai pakaian kuning berjalan ke perkarangan biara yang dibina sejak kurun ke-17 di ibu kota purba Punakha dan memanjat tangga ke dalam. \rBeberapa minit kemudian, pengantin perempuan berusia 21 tahun tiba pada akhir perarakan manakala sami berjubah merah dan pemegang bendera berjalan di jambatan kayu menyeberangi sungai biru di sebelah kubu dan mengikuti suaminya ke dalam.      \rDi dalam, ketua sami negara, yang mengetuai perkahwinan itu melaksanakan majlis penyucian kepada pasangan berkenaan di depan hamparan besar Thongdal milik pengasas Bhutan kurun ke-17, Raja sami Zhabdrung.\rPasangan itu kemudian ke kuil untuk majlis yang disiarkan secara langsung dalam televisyen nasional, sehingga ketibaan raja, bapanya dan sami yang dikenali sebagai Je Khenpo memasuki makam Zhabdrug, barulah mereka dibenarkan membuat rakaman.  \rTidak seperti perkahwinan diraja di negara lain seperti  perkahwinan gilang gemilang Putera William dan Kate, tiada kerabat diraja asing, ketua negara atau selebriti dijemput. Hanya kerabat diraja Bhutan dan ribuan penduduk kampung berdekatan berkumpul di padang menanti pasangan diraja untuk meraikan mereka dan selebihnya 700,000 penduduk negara itu menonton di televisyen.\r“Keseluruhan tema perkahwinan ini adalah satu upacara keluarga yang sangat ringkas, inilah keluarga Bhutan,” kata Setiausaha Maklumat Bhutan, Kinley Dorji.\rRaja yang berpendidikan Oxford itu berminat untuk membangunkan negara dan melakukan perubahan dalam demokrasi dengan mewujudkan monarki berperlembagaan pada 2008.\rDengan imej muda, berambut hitam, beliau gemar berbasikal di jalan setiap petang dan mempunyai reputasi sebagai raja bujang yang digilai ramai gadis. \rKira-kira 60 pakar masakan dari 20 kampung di Bhutan menyiapkan juadah untuk tetamu. \rSelepas majlis perkahwinan itu, pasangan diraja akan keluar ke jalan dari Punakha ke Thimphu   dan disambut rakyat sepanjang jalan. –  AP/ Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2011 09:38 AM | Show all posts
pica plz.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.049501 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list