|
Mutassim disoal siasat selepas diberkas ketika cuba lari dari Sirte\rSIRTE: Anak lelaki bekas pemimpin Libya, Mutassim Gaddafi yang diberkas ketika cuba melarikan diri dari kampung halaman keluarganya di Sirte, sudah dipindahkan ke Benghazi di timur negara itu untuk disoal siasat.\r\n\n\n\n\rJurucakap Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) Abdelkarim Bizama, berkata pihaknya tidak mengumumkan penangkapan Mutassim, bagi mengelak anggota keluarganya daripada cuba membebaskan beliau.\r\r\n\n\n\n\nBeliau berkata, anak Gaddafi itu memotong rambutnya dalam usaha untuk mengelak daripada dikenali dan melarikan dari Sirte dengan kereta bersama keluarganya.\rMutassim yang terkenal sebagai kaki perempuan dan penasihat keselamatan nasional bapanya, Muammar Gaddafi, dilaporkan ditahan selepas pertempuran senjata empat jam. \rBeliau adalah satu-satunya ahli keluarga Gaddafi yang diberkas setakat ini dan beliau kelihatan kepenatan, tetapi tidak cedera.\rAnak perempuan Gaddafi, Aisha, saudara lelakinya, Hannibal dan Muhammed, ini mereka, Safi dan beberapa anggota keluarga lain sudah melarikan diri ke Algeria pada Ogos dan berada di negara itu hingga kini. Seorang lagi anak lelaki, Saadi, berada di Niger.\r\n\n\n\n\rMutassim dilahirkan pada 1975. Dengan kerjaya sebagai tentera dan doktor, beliau dilantik mengetuai keselamatan nasional oleh bapanya pada 2007. \rBekas kekasih Mutassim, model Belanda yang terkenal Talitha van Zion, memberitahu baru-baru ini bagaimana setiap Krismas lelaki itu akan terbang bersama rombongannya ke pulau Caribbean, St Barts menggunakan pesawat Boeing miliknya.\rBeliau mengupah penyanyi seperti Beyonce dan Mariah Carey untuk menyanyi dalam majlis tari menari yang dihadiri tetamu seperti Jon Bon Jovi, Lindsay Lohan dan penyanyi rap Jay-Z.\rKetika berada di London atau Paris, beliau akan menyewa beberapa tingkat di hotel mewah dan menerbangkan pendandan rambut terkemuka dari Itali.\rWanita itu berkata, Mutassim yang mengagumi bapanya dan meminati pemimpin Jerman, Hitler, memberitahu yang beliau membelanjakan |
|