View: 121|Reply: 0
|
Timur Bangkok pula banjir
[Copy link]
|
|
Pekerja, askar bina benteng lebih kuat elak kesan buruk bah\rBANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra semalam memberi amaran banjir berkemungkinan bermula di sebelah timur Bangkok dengan air naik sehingga 30 sentimeter.\r\n\n\n\n\r“Usaha bersungguh-sungguh dilakukan untuk mengurangkan aliran air bagi meminimumkan kerosakan,” katanya.\r\r\n\n\n\n\nPekerja majlis perbandaran dan askar berhempas pulas memperkuat benteng di sekitar Bangkok ketika banjir mula mengancam ibu kota itu.\rSelepas pertemuan dengan menteri, Ketua Tentera Thailand, Prayuth Chan-ocha, memberitahu wartawan penghalang banjir di tiga lokasi mudah dilanda bencana itu sudah hampir siap.\r“Kita bercakap mengenai pelan membantu penduduk yang tinggal berhampiran sungai Chao Phraya dengan memindahkan mereka. Jika berlaku kecemasan, kita bersedia bertindak.\r“Apa yang kita bimbang ialah bermula hari ini sehingga 19 Oktober ini, air pasang berlaku tetapi yang penting ialah ia mengalirkan air ke laut secepat mungkin,” katanya.\r\n\n\n\n\rSekurang-kurangnya 283 terbunuh di Thailand disebabkan musim tengkujuh, banjir dan lumpur runtuh sejak lewat Julai dan 26 daripada 77 wilayahnya ditenggelami air, menurut Jabatan Pencegahan Bencana.\rBahagian utara, timur laut dan tengah paling teruk terjejas dan Bangkok, yang terletak cuma dua meter dari paras laut, berada dalam bahaya ketika air melimpah dari kolam tadahan di utara, membanjiri sungai Chao Phraya. \rPihak berkuasa berhampiran pusat bandar akan diselamatkan dengan kewujudan struktur pertahanan termasuk tiga tembok baru, yang akan membantu mengalirkan air ke timur dan barat bandar raya itu ke laut.\rAliran air dari utara akan tiba di Bangkok hujung minggu ini pada masa sama dengan ombak tinggi. Ia mungkin berkebetulan dengan ribut dan hujan lebat.\rPengarah Jabatan Perparitan dan Saliran Bangkok, Sanya Cheenimit, melaporkan banjir di tiga daerah di timur bandar raya itu kebanyakannya kawasan ladang.\r“Saya mahu beri jaminan keadaan banjir di Bangkok masih terkawal. Semua 50 daerah di Bangkok sudah menyediakan pelan pemindahan. Namun, buat masa ini, tiada tanda kita perlu memindahkan penduduk,” katanya.\rDi sebalik jaminan itu, penduduk bergegas ke kedai mendapatkan bekalan air botol dan makanan seperti mi segera. Lebih dua juta penduduk dianggarkan terjejas oleh banjir sekitar negara itu dan barangan penting tidak mencukupi di sesetengah kawasan disebabkan air naik membanjiri jalan raya dan jalan kereta api, dengan beberapa jalan utama ke utara terputus.\rBeratus-ratus sukarelawan semalam berkumpul di pusat krisis banjir di Lapangan Terbang Don Muang, membantu memunggah air, makanan dan ubat yang diderma ke dalam trak untuk diagihkan ke kawasan paling teruk terjejas di luar bandar raya berkenaan.\rDi Bangkok, pihak berkuasa paling bimbang dengan 27 kawasan membabitkan 1,200 penduduk yang tinggal di sepanjang sungai. – Reuters
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|